2007 in Memories

Majlis Konvokesyen Tadika Orange 2007 yang padat dengan emosi berakhir dengan jamuan hari raya. Ibubapa yang ingin mendapatkan CD rakaman majlis sila hubungi guru-guru tadika atau mendapatkannya semasa datang mengambil laporan kemajuan anak-anak pada Sabtu 24 November 2007 jam 8 pagi hingga 12 tengahari  (lagi gambar dan video hari Konvokesyen klik di sini...)

Karnival Sukan Tadika Orange 2007, telah berlansung dengan suasana penuh girang dan gemilang. Acara kanak-kanak telah berlangsung dengan penuh sorakan dan sokongan ibubapa. Acara ibu-bapa pula sungguh mencuit perasaan. Dapatkan VCD hari sukan dari guru-guru Tadika Orange sekarang...klik untuk koleksi gambar... (VCD juga dimuatkan gambar-gambar digital yang boleh di cetak di kedai-kedai gambar).

Perjumpaan para ibubapa dengan guru-guru bagi setengah tahun pertama 2007 diadakan selepas peperiksaan pertengahan tahun. Pelbagai komen dan cadangan telah diterima dan diteliti dan akan di realisasikan. (...petikan gambar-gambar hari tersebut...)

Lawatan ke Petting Zoo Shah Alam, ternyata membuat kanak-kanak amat teruja. Tadika Orange telah menyediakan VCD lawatan tersebut. Sila hubungi guru-guru Tadika Orange untuk mendapatkan satu salinan.

Ustaz Jefri dari Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) telah sudi merasmi serta menyampaikan sijil-sijil dan hadiah-hadiah pada hari Konvokesyen Tadika Orange 2006.