* Artikel dipetik dari Utusan Malaysia 15 April 2010, Bayi sembilan bulan mati tercekik bebola ikan 
| WAN Arif Fadhla Wan Yusof membawa jenazah bayi lelakinya yang berusia sembilan bulan yang meninggal dunia akibat tercekik bebola ikan di Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), Jalan Cantik, semalam.
|
TAMPIN 14 April - Seorang bapa tidak menyangka keadaan bayi lelakinya berusia sembilan bulan yang ceria pada pagi ini sebenarnya merupakan detik perpisahan dia dengan anaknya itu. Kali terakhir Wan Arif Fadhla Wan Yusof, 41, menyaksikan keceriaan anaknya, Wan Nur Alif, adalah semasa menghantarnya ke Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), Jalan Cantik dekat sini pada pukul 7.30 pagi ini. Namun tiga jam selepas itu, bayinya, Wan Nur Alif disahkan meninggal dunia akibat tercekik bebola ikan. "Saya rasa baru saja tinggalkan dia (Wan Nur Alif). Tak sangka pula, pukul 10.30 pagi dia dah meninggal dunia. Kejadian berlaku ketika dia sedang makan bersama kanak-kanak lain antara pukul 9 dan 10.30 pagi. "Tiba-tiba dia terjatuh dan tubuhnya bertukar menjadi lebam," katanya ketika dihubungi sewaktu dalam perjalanan ke Kampung Pulau Kerengga, Marang, Terengganu, bersama jenazah Wan Nur Alif untuk dikebumikan. Wan Arif Fadhla yang merupakan kakitangan di Jabatan Penerangan Daerah Rembau berkata, pihak pengasuh membawa anaknya itu ke Hospital Tampin yang jaraknya hanya 50 meter dari tempat kejadian.
Tambahnya, anaknya kemudian disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu. Jelasnya, dia telah dihubungi oleh isterinya, Nur Azita Ibrahim, 31, pada pukul 11.15 pagi tadi yang ketika itu sedang mengajar di sebuah sekolah di bandar ini. "Dia memaklumkan anak saya berada di Hospital Tampin dan seluruh badannya sudah bertukar kebiru-biruan. "Bila saya tiba di hospital, mereka memberitahu anak saya itu telah meninggal dunia kerana tidak boleh bernafas akibat tercekik bebola ikan," katanya. Wan Arif Fadhla kesal dengan kecuaian pihak pengasuh yang menyediakan sarapan bercampur bebola ikan kepada bayi yang tidak mampu untuk mengunyah. Berikutan itu Wan Arif Fadhla telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin kira-kira pukul 12 tengah hari. "Saya membawa jenazah anak ke kampung isteri untuk dikebumikan lewat petang ini," katanya dalam nada sedih. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Supritendan Wooi Hooi Cheng mengesahkan mengenai kejadian tersebut. "Kita telah menerima laporan yang dibuat oleh ibu dan bapa bayi malang itu dan pihak polis kini menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan. "Kita telah membuka kertas siasatan dan akan memanggil pengusaha taska terbabit untuk memberi keterangan," ujarnya. AL-FATIHAH, MUGA ROH NYER DI TEMPTKAN D SYURGA KERNA BARU MENGENALI DUNIA.
|
Tazkirah Ramadhan - ...
salam
Perkembangan Bayi - ...
Masalah cacing selalunya mudah disele...
Perkembangan Bayi - ...
baby saya baru 6 bln..minggu depan na...
Gambar-gambar Karniv...
Ataupun boleh juga right-click di man...
Gambar-gambar Karniv...
Salam, sila tinggalkan thumbdrive/DVD...
Gambar-gambar Karniv...
Salam, Cikgu nak dapatkan gambar2x ...
Peringatan! Makanan ...
i love islam
Perkembangan Bayi - ...
Salam...pada usia 3 minggu, adalah no...
Perkembangan Bayi - ...
salam..bayi saya baru berusia 22 hari...
Perkembangan Kanak-k...
tolong sye....crikan contoh2 artikel ...
Perkembangan Bayi - ...
salam anak saya umur 7 bulan lebih...
Perkembangan Bayi - ...
jgn risau..anak saya pun tidak merang...
Kem Khalifah Cilik
tahniah n syabas wat guru2,kak su n a...
Perkembangan Kanak-k...
HAI CIKGU SAYA IZZAT DANIAL
Kem Khalifah Cilik