Home Aktiviti Tadika Orange Program Tahunan Seloka Karnival Sukan Tadika Orange 2010
SocialTwist Tell-a-Friend
Banner
Sila tinggalkan pesanan:

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday28
mod_vvisit_counterYesterday134
mod_vvisit_counterThis week1102
mod_vvisit_counterLast week1733
mod_vvisit_counterThis month2109
mod_vvisit_counterLast month9478
mod_vvisit_counterAll days102903

We have: 3 guests online
Your IP: 38.107.191.81
 , 
Today: Sep 09, 2010
Seloka Karnival Sukan Tadika Orange 2010
Aktiviti Tadika Orange - Program Tahunan
Written by Abie   
Friday, 16 July 2010 16:06
 

Hari ini hari Sukan,

Anak-anak dah berangan,

Mahu kalahkan kawan-kawan,

Biar ibu bersorak sakan. 

 

Ibu-ibu buat persiapan,

Biar anak segak menawan,

Kalah menang bukan ukuran,

Yang penting semangat kesukanan.

 

Semua guru turut membantu, 

Orange, Markisa, Lemon one dan Lemon two,

Dua hari tidur-mandi tak menentu,

Mata pun dah merah macam hantu. 

 

Guru-guru tidur lewat,

Moga hari ini tidaklah gawat,

Supaya sukan menjadi hebat,

Buat kenangan sepanjang hayat.

 

Cikgu Nor keluh kesah,

Kerana hari ini dialah pengarah,

Azamnya sukan penuh meriah, 

Kalau tak tentu kena marah.

 

Tekun menghafal Cikgu Habibah,

Menjadi EMCEE yang paling gah,

Kak Sue sibuk menjadi pengubah,

Supaya ucapan tidak gelabah. 

 

Cikgu Nadz suara dah serak,

Katanya kerana kuat melalak,

Cikgu Diah dah tergelak-gelak,

Ada rahsia tak dapat diselak.

 

Hari ini untuk semua,

Buat anak, ibu dan bapa,

Moga menyuntik aura ceria,

Kehidupan keluarga bertambah bahagia.

 

Sekian sahaja kali ini,

Harap pembaca tersenyum sendiri,

Tahun hadapan berjumpa lagi,

Salah dan silap harap maafi.

 
Comments
Add New Search RSS
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Sunday, 25 July 2010 00:38 )