|
Panduan Keibubapaan dan didikan -
Bayi
|
|
Written by Abie
|
|
Thursday, 20 November 2008 19:11 |
|
Dari Lahir ke 6 bulan Perkembangan Fizikal – Sewaktu kelahiran, bayi tidak boleh mengawal pergerakan anggota mereka. Kebanyakan pergerakan mereka adalah tindakbalas refleks. Pada masa ini sistem saraf masih belum matang sepenuhnya.
Pada beberapa bulan yang pertama, bayi boleh melihat dengan jelas objek pada jarak 25 cm dari wajah mereka. Penglihatannya lebih sempurna pada umur 6 minggu. Pada umur 4 bulan, kebanyakan bayi mempunyai sedikit kawalan ke atas otot-otot dan saraf mereka. Mereka mula boleh duduk dengan sokongan, mengangkat kepala untuk waktu yang singkat dan mula boleh berpusing untuk meniarap di atas perut. Pada umur 5 bulan, kebanyakan bayi sudah boleh bergolek. Perkembangan Sosio-Emosi – Bayi mula menanam kepercayaan kepada ibubapa yang memenuhi keperluan mereka seperti menukar lampin basah ketika diperlukan, memberi susu ketika lapar, dan mendukung ketika menangis. Ketika ketakutan, bayi menangis dan kelihatan terkejut dan takut. Mereka juga menangis kerana marah, sakit atau lapar. Menangis adalah cara mereka berkomunikasi. Bayi amat mudah berubah antara suka dan sedih. Mereka perlu dimanja dan dibelai. Bayi akan tersenyum pada suara atau bunyi yang sedap didengar atau ketika kenyang. Ketika berumur 6 minggu, mereka akan senyum untuk membalas agahan orang lain. Ketika 4 bulan, mereka akan tersenyum dengan lebar, tertawa jika suka dan belajar mengenal wajah dan suara ibu dan bapa. Perkembangan Kepintaran – Bayi mengeluarkan bunyi yang tidak kita fahami. Jika kita perhatikan betul-betul, mereka mengkaji tangan dan kaki mereka sendiri. Mereka berpaling untuk mencari punca suara atau bunyi. Bayi juga boleh memfokus dan mengikuti objek bergerak dengan pandangan mata mereka. Mereka mengkaji sesuatu juga dengan menggunakan mulut mereka. Mereka meletakkan semua barangan yang boleh dipegang ke dalam mulut. Bayi menangis dengan nada yang berlainan untuk menyatakan perasaan lapar, marah dan sakit. Mereka selalunya tidak mempedulikan objek yang tidak dapat mereka lihat. Dari 6 bulan ke setahun.... (bersambung minggu hadapan) (Nota: Ruangan ini akan bersambung setiap minggu sehingga kanak-kanak berumur 8 tahun. Untuk cerita penuh sila berhubung dengan guru-guru Tadika Orange atau Taska Lemon)
|
|
Last Updated ( Wednesday, 15 April 2009 20:48 )
|
Tazkirah Ramadhan - ...
salam
Perkembangan Bayi - ...
Masalah cacing selalunya mudah disele...
Perkembangan Bayi - ...
baby saya baru 6 bln..minggu depan na...
Gambar-gambar Karniv...
Ataupun boleh juga right-click di man...
Gambar-gambar Karniv...
Salam, sila tinggalkan thumbdrive/DVD...
Gambar-gambar Karniv...
Salam, Cikgu nak dapatkan gambar2x ...
Peringatan! Makanan ...
i love islam
Perkembangan Bayi - ...
Salam...pada usia 3 minggu, adalah no...
Perkembangan Bayi - ...
salam..bayi saya baru berusia 22 hari...
Perkembangan Kanak-k...
tolong sye....crikan contoh2 artikel ...
Perkembangan Bayi - ...
salam anak saya umur 7 bulan lebih...
Perkembangan Bayi - ...
jgn risau..anak saya pun tidak merang...
Kem Khalifah Cilik
tahniah n syabas wat guru2,kak su n a...
Perkembangan Kanak-k...
HAI CIKGU SAYA IZZAT DANIAL
Kem Khalifah Cilik