Home
SocialTwist Tell-a-Friend
Banner
Sila tinggalkan pesanan:

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday31
mod_vvisit_counterYesterday134
mod_vvisit_counterThis week1105
mod_vvisit_counterLast week1733
mod_vvisit_counterThis month2112
mod_vvisit_counterLast month9478
mod_vvisit_counterAll days102906

We have: 4 guests online
Your IP: 38.107.191.82
 , 
Today: Sep 09, 2010
Perkembangan Bayi - Dari Lahir ke 6 bulan
Panduan Keibubapaan dan didikan - Bayi
Written by Abie   
Thursday, 20 November 2008 19:11

Dari Lahir ke 6 bulan

  

Perkembangan Fizikal – Sewaktu kelahiran, bayi tidak boleh mengawal pergerakan anggota mereka. Kebanyakan pergerakan mereka adalah tindakbalas refleks. Pada masa ini sistem saraf masih belum matang sepenuhnya. 

Pada beberapa bulan yang pertama, bayi boleh melihat dengan jelas objek pada jarak 25 cm dari wajah mereka. Penglihatannya lebih sempurna pada umur 6 minggu. Pada umur 4 bulan, kebanyakan bayi mempunyai sedikit kawalan ke atas otot-otot dan saraf mereka. Mereka mula boleh  duduk dengan sokongan, mengangkat kepala untuk waktu yang singkat dan mula boleh berpusing untuk meniarap di atas perut. Pada umur 5 bulan, kebanyakan bayi sudah boleh bergolek.

 

Perkembangan Sosio-Emosi – Bayi mula menanam kepercayaan kepada ibubapa yang memenuhi keperluan mereka seperti menukar lampin basah ketika diperlukan, memberi susu ketika lapar, dan mendukung ketika menangis. Ketika ketakutan, bayi menangis dan kelihatan terkejut dan takut. Mereka juga menangis kerana marah, sakit atau lapar. Menangis adalah cara mereka berkomunikasi. Bayi amat mudah berubah antara suka dan sedih. Mereka perlu dimanja dan dibelai. Bayi akan tersenyum pada suara atau bunyi yang sedap didengar atau ketika kenyang. Ketika berumur 6 minggu, mereka akan senyum untuk membalas agahan orang lain. Ketika 4 bulan, mereka akan tersenyum dengan lebar, tertawa jika suka dan belajar mengenal wajah dan suara ibu dan bapa.

 

Perkembangan Kepintaran –  Bayi mengeluarkan bunyi yang tidak kita fahami. Jika kita perhatikan betul-betul, mereka mengkaji tangan dan kaki mereka sendiri. Mereka berpaling untuk mencari punca suara atau bunyi. Bayi juga boleh memfokus dan mengikuti objek bergerak dengan pandangan mata mereka. Mereka mengkaji sesuatu juga dengan menggunakan mulut mereka. Mereka meletakkan semua barangan yang boleh dipegang ke dalam mulut. Bayi menangis dengan nada yang berlainan untuk menyatakan perasaan lapar, marah dan sakit. Mereka selalunya tidak mempedulikan objek yang tidak dapat mereka lihat.

 

 

 

Dari 6 bulan ke setahun.... (bersambung minggu hadapan)

 

(Nota: Ruangan ini akan bersambung setiap minggu sehingga kanak-kanak berumur 8 tahun. Untuk cerita penuh sila berhubung dengan guru-guru Tadika Orange atau Taska Lemon)

Comments
Add New Search RSS
nazira  - perkembangan bayi   |203.82.81.xxx |2010-07-27 07:33:33
salam..bayi saya baru berusia 22 hari.bolehkah saya tahu usia sebegini apa yang
bayi boleh lakukan? buat pengetahuan, bayi saya bila tidur dia suka mengiring,
bila kita memanggil namanya dia akan beri reaksi dan bayi sya suka tidur dari
berjaga..
Abie   |115.132.215.xxx |2010-07-27 08:22:32
Salam...pada usia 3 minggu, adalah normal bayi banyak tidur dari jaga. Fizikal
dan mental bayi membesar semasa tidur ini.

Bayi boleh mendengar suara ibunya.
Hatta semasa di dalam kandungan lagi bayi sudah biasa dengan suara ibu. Teruskan
bertutur dengannya kerana suara ibu akan memberi ketenangan.
mama yaya  - baby 7 bulan   |203.217.176.xxx |2010-07-07 00:12:00
salam

anak saya umur 7 bulan lebih. Dia aktif, sekarang sudah mula berdiri
tetapi berat badan baru 6kg.

Anak saya minum susu nan pro 1 dan sudah mula
makan bijirin.
dia makan 3x sehari dengan setiap kali makan sebanyak 5 sudu.
adakah ini normal?
Adilla  - baby lambat berjalan   |115.132.179.xxx |2010-05-16 06:51:02
anak saya berusia setahun 2 bulan...pada usia 10 bulan ank saya sudah
menunjukkan tanda-tanda berjalan tetapi setelah terjatuh anak saya sudah serik
untuk mencuba walaupun saya cuba membantu.pada usia 10 bulan juga anak saya
sudah tahu memanggil saya mama, ayahnya papa..tetapi sekarang saya tidak pernah
lagi mendengar dia menyebut mama dan papa cume aba...walaupun ketika dia
memanggil saya.saya amat risau..adakah itu tanda-tanda autisme?
Rosnani  - Baby selalu muak susu   |58.26.173.xxx |2010-02-12 17:49:42
Assalamualaikum..
baby saya berumur 2 bulan, apabila die minum susu dan
disendawakan die akan muntahkan susu semula...
kenapa yek?
Abie   |118.101.190.xxx |2010-03-05 01:16:02
Selalunya bayi yang sendawa dengan cukup setelah minum susu tidak akan lagi
muntah.

Antara sebab muntah:-
1. Menyusu dengan botol dan posisi botol tidak
betul, iaitu bayi mengisap susu bersama buih udara.
2. Cara sendawa tidak betul
atau tidak cukup sendawa. Pastikan bayi ditepuk belakangnya dalam keadaan
menegak dengan pipinya diatas bahu anda. Pastikan ia sendawa beberapa kali.
3.
Ada kes-kes terpencil yang perlukan pemeriksaan doktor-doktor pakar kerana
keadaan fizikal organ penghazaman baik belum berkembang dengan sempurna. Doktor
mungkin menasihatkan agar menggunakan susu alternatif.
zaleha   |218.208.97.xxx |2009-12-10 04:03:20
assalamualaikum....
anak saya dilahirkan dalam usia 36 mggu dengan berat 1.65gm
sahaja.
sekarang usianya 5 bulan.yang menjadi masalahnya sehingga sekarang dia
malas untuk meniarap sendiri...banyak masanya dihabiskan untuk tidor...
adakah
ia normal?
Abie  - Baby lambat meniarap   |124.13.122.xxx |2009-12-10 20:09:21
Mungkin Puan maksudkan 1.65kg bukan gm. Anak Puan yang lahir tidak cukup
bulan selalunya memerlukan perhatian penuh pada bulan-bulan awalnya. Jika boleh,
Puan perlu menjaga sendiri anak Puan dan jangan hantar ke taska atau tempat
asuhan lain. Tetapi mereka selalunya membesar dengan sihat dan normal selepas
melepasi usia bayi.

Puan perlu banyakkan stimulasi untuk bayi, seperti selalu
bertutur, bermain, membunyikan alat mainan dan memanggilnya. Kurangkan
mendukung.
wow power leveling  - wow gold     |123.145.176.xxx |2009-01-16 01:49:05
You said you will love me wow gold the whole life, but you marry her. You said you will wow power leveling,come to marry me, but this will not be carried out forever.WoW Gold I am trying my best to forget you and do not love you anymore. wow leveling But I failed and I still love you. Maybe wow leveling she needs you more compared wow leveling with me. So I tell you that world of warcraft power leveling you should love world of warcraft power leveling her and take good world of warcraft leveling care of her. You said I was so kind.world of warcraft leveling Yes, because I love you,world of warcraft leveling I hope you will be happy forever.
Mama  - 8 bulan?   |219.93.152.xxx |2008-11-21 22:37:01
Anak saya berumur 8 bulan. Bagaimana perkembangannya? Apa cara terbaik yang saya
perlu buat supaya dia berkembang lebih baik?
Abie  - Tajuk minggu hadapan   |219.93.152.xxx |2008-11-22 01:12:55
Sila tunggu tajuk minggu hadapan, "Dari 6 Bulan ke Setahun"
Admin  - Menarik   |219.93.152.xxx |2008-11-21 04:21:59
Mmm.. menarik.
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Wednesday, 15 April 2009 20:48 )