Home
SocialTwist Tell-a-Friend
Banner
Sila tinggalkan pesanan:

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday14
mod_vvisit_counterYesterday74
mod_vvisit_counterThis week14
mod_vvisit_counterLast week1387
mod_vvisit_counterThis month2248
mod_vvisit_counterLast month9478
mod_vvisit_counterAll days103042

We have: 2 guests, 1 bots online
Your IP: 38.107.191.84
 , 
Today: Sep 11, 2010
Perkembangan Bayi - Dari 6 bulan ke setahun PDF 
Panduan Keibubapaan dan didikan - Bayi
Written by Abie   
Sunday, 23 November 2008 23:51

 Dari 6 bulan ke setahun

 

Perkembangan Fizikal – Bayi pada umur ini masih tidur sejenak pada pagi dan petang. Mereka mula makan dan tidur pada masa-masa yang tetap setiap hari. Mereka makan 3 kali sehari dan minum susu dari botol atau ibu pada masa yang berbagai. 

Mereka juga boleh bermula menggunakan cawan dan sudu untuk makan sendiri. Bayi boleh duduk sendiri. Mereka menyulur dan merangkak dalam waktu ini. Pada bulan ke-8 mereka bolah mencapai dan memegang barangan. Mereka boleh mengutip objek dengan ibu jari dan jari telunjuk, kemudian melepaskan objek tersebut. Mereka mula membaling barangan. Mereka mula berdiri dengan berhati-hati, berdiri dengan memegang perabut atau dinding dan boleh berjalan jika tangan dipegang. Bila mencecah 12 bulan, kebanyakan bayi mempunyai berat 3 kali ganda berat berbanding kelahiran. Ketinggian mereka juga bertambah seinci sebulan. Pada kebiasaan, ketinggian bayi ketika setahun adalah 66-76 cm tinggi.

 

Perkembangan Sosio-emosi  Bayi anda akan memberi reaksi bila namanya dipanggil. Ia mula takutkan orang asing dan takutkan ditinggal oleh ibu dan bapanya. Bayi merasa marah dan kecewa bila kehendaknya tidak dipenuhi dengan segera. Ia bercakap dengan diri sendiri di dalam cermin. Bayi mula belajar apa yang diizinkan dan yang tidak. Hubungan mata mula menggantikan hubungan dengan sentuhan  yang mereka perlukan sebelum ini.

  

Perkembangan Kepintaran – Bayi melambai “bye-bye” dan bermain seperti menepuk kek. Mereka memberi reaksi kepada arahan mudah. Mereka mula berupaya mencari objek yang tidak kelihatan, tidak seperti sebelumnya. Mereka mula bersuara mudah seperti “ba…ba” dan “ma…ma”. Bayi mula membayangkan aktiviti-aktiviti yang biasa dengan cuba melakonkan watak-watak tertentu dengan caranya sendiri. Mereka membuat bunyi-bunyian yang hanya orang yang amat rapat dengan mereka tahu maksudnya. Mereka mengulangi perbuatan yang menghasilkan reaksi. Contohnya jika diberi mainan yang berbunyi bila digoncang, mereka akan tahu apa yang hendak dibuat setiap kali diberi mainan tersebut. Mencecah 12 bulan bayi selalunya mula menutur perkataan pertama yang boleh difahami.

 

Jika anda ada bayi yang kurang dari setahun, mulalah perhatikan mereka dengan teliti. Anda mungkin terkejut dengan kesungguhan mereka menguasai perkara-perkara asas di dalam hidup. Ikuti sambungan "Dari Setahun hingga 2 Tahun" pada minggu hadapan.

Comments
Add New Search RSS
nurfarah   |203.82.82.xxx |2010-08-23 16:27:10
baby saya baru 6 bln..minggu depan nak masuk 7 bulan..risau saya sbb semalam
saya tengok najis dia mcm ada cacing..warna hitam ada panjang ada pendek ada yg
dah keras..siannya..patut masa menyusu dia terangkat2 punggung dia tu..pastu
tido malam salu terkejut..
Abu Syifa'   |60.48.195.xxx |2010-08-24 00:34:41
Masalah cacing selalunya mudah diselesaikan dengan ubat dari doktor. Saya
nasihatkan segera pergi berjumpa doktor.
Watie  - Puan   |203.121.36.xxx |2010-04-19 22:23:05
Anak saya dah setahun lebih...tetapi tiada perkembangan untuk dia mahu duduk
sendiri dan tanda-tand untuk berjalan...padahal jika diatas walker dia begitu
aktif.
Abie   |115.132.208.xxx |2010-04-21 07:01:03
Saya cadangkan puan jangan lagi menggunakan walker. Latih anak puan berjalan
dengan membiarkan dia memegang jari puan.
yati   |202.58.86.xxx |2010-05-24 19:43:40
sama la..anak lelaki saya dah 11 bln tp belum bole duduk..risau gak
Abie   |115.133.123.xxx |2010-05-24 22:41:07
Ada 3 kemungkinan yg menyebabkan bayi yang sudah cukup umur masih tidak boleh
berjalan:-
1. Halangan Fizikal
2. Halangan Mental
3. Halangan Perasaan
Abie   |115.133.123.xxx |2010-05-24 22:44:28
1. Halangan fizikal.
Ini berlaku jika bayi otot atau keadaan tulang bayi yang
belum bersedia untuk berjalan. Cuba uji dengan membiar bayi memegang jari anda
dan tarik supaya ia berdiri sendiri.Jika bayi sudah cukup bersedia dari segi
fizikal, anda akan rasa bayi boleh berdiri dan mengangkat-angkat sebelah
kakinya. Jika bayi berdiri dalam keadaan senget sebelah atau masih lembut, maka
ia belum bersedia. Dapatkan nasihat pakar kanak-kanak.
ibu nabihah  - salam   |202.60.56.xxx |2010-04-15 22:33:55
salam. gembira rasanya melihat perkembangan baby. anak saya alhamdulillah setiap
bulan menunjukkan perkembangan yang baik. ceria je manjang
Abie   |118.101.189.xxx |2010-03-08 08:43:30
Sudah jumpa pakar kanak-kanak?
adita  - bayi tidak mahu makan   |58.71.168.xxx |2010-03-06 06:52:38
baby da 11 bulan...tp bl makan muntah....dari 6 bulan lg cuba beri makan
pelbagai jenis makanan, tp tak berkesan..agak merisaukan
mieda  - anak lambat bercakap   |115.132.27.xxx |2010-01-30 23:40:06
saya mengalami masalah anak saya lambat bercakap
apa yang saya perlu lakukan??
Anonymous  - Umur   |203.82.92.xxx |2010-02-01 05:47:09
Berapakah umur anak?
AbieBaby 5-6 bulan boleh duduk   |124.82.0.xxx |2010-01-24 20:50:30
Selalunya bayi 5+ bulan boleh ditarik lembut tangannya untuk duduk tanpa
melepaskannya (tangan masih dipegang). Ia akan membalas tarikan untuk bangun.
Jika tiada tarikan dari bayi, bermakna bayi belum bersedia.

Umur 6-7 bulan
bayi sudah boleh duduk dengan sokongan bantal dibelakang. Jika cara duduknya
membongkok atau tidak tegak, bermakna bayi belum bersedia. Anda lebih tahu
kesediaan bayi anda.
Mama Iffat   |203.82.92.xxx |2010-01-24 12:34:42
pls answer my question.Nk tau sgt2.
ibu dhiya   |203.82.80.xxx |2010-01-28 22:30:19
sebaik-baiknye jgn pksa ank kte dduk dgn mmbeli baby wlker..stiap perkembangan
bayi akan berlaku scra smlajadi..biar kte melihat ank kte bgerak scra smljadi
supaya kta akan lebih fokus trhdap mereka..
Mama Iffat  - Nk tau sgt2 sal pembelajaran perkembangan bayi   |203.82.92.xxx |2010-01-24 12:33:43
Salam..4hrbln februari ni baby sy msk umur 6 bulan.Sy nk tau skg ni pinggang
baby da ckp kuat x untuk didudukkan ats kerusi atau ble meriba baby?Bleh x bg
petua cmner nk bg baby cpt sembuh dr batuk n selsema.Tq
psiko student  - goodjob   |202.186.45.xxx |2009-02-04 20:57:44
salam, hi there bgus sangat dapat berkongsi knowledge dengan u all. coz
i'm studying child psycho right now. i need a lot of information about child dev
and i was surprise when i found this article!it's good to share knowledge with
others especially with parents.keep up the good job!!
wow gold  - wow gold     |123.145.176.xxx |2009-01-16 01:53:28
Three passions,warcraft leveling simple but wow lvl overwhelmingly strong,wow power level have governed wow power level my life: the longing wrath of the lich king power leveling for love, the search for knowledge,World of warcraft Power Leveling and unbearable pity WOTLK Power Leveling for the suffering wlk power leveling of mankind. These passions,wlk power leveling like great winds,age of conan gold have blown me hither and thither,cheap aoc gold in a wayward course,aoc power leveling over a great ocean ffxi gil of anguish, reaching final fantasy xi gil to the very verge of despair. I have sought love,  first, because it
brings ecstasy - ecstasy so great that I would often have sacrificed FFXI Gil all the rest of life for final fantasy gil a few hours of this joy. I have sought it, next, because it relieves
loneliness--that terrible loneliness in which one shivering consciousness dog clothes looks over the rim of the world into the cold unf...
ingintahu  - Anak menggigit   |219.93.152.xxx |2008-11-26 00:11:37
Anak saya yang berumur 10 bulan amat ceria tetapi gemar menggigit
kawan-kawan. Ada nasihat?
Cikgu Su  - Jawapan   |219.93.152.xxx |2008-12-03 17:47:28
Diharap Puan berpuas hati dengan penerangan yang saya berikan di taska
tempoh hari.
ibu risau  - Anak belum boleh merangkak   |219.93.152.xxx |2008-11-26 00:05:09
Anak saya berumur 8 bulan dan belum boleh merangkak. Apa yang perlu saya
lakukan?
ibu dhiya   |203.82.80.xxx |2010-01-28 22:21:10
jgn rsau klo ank umur 8 bln xblh mrangkak lg..stiap pkembangan bayi xsma ngn byi
yg lain..ank buah sya ms umr 8 bln pn xpnd mrangkak..tp bla umr 10 bln dia trs
blh bdiri sdr..ckup 1thn da blh bjlan..
doc gigi   |118.101.237.xxx |2010-07-06 23:34:40
jgn risau..anak saya pun tidak merangkak..terus boleh berdiri dan sekarang 13
bulan sudah boleh berjalan
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Wednesday, 15 April 2009 20:47 )