|
Panduan Keibubapaan dan didikan -
Bayi
|
|
Written by Abie
|
|
Sunday, 23 November 2008 23:51 |
|
Dari 6 bulan ke setahun Perkembangan Fizikal – Bayi pada umur ini masih tidur sejenak pada pagi dan petang. Mereka mula makan dan tidur pada masa-masa yang tetap setiap hari. Mereka makan 3 kali sehari dan minum susu dari botol atau ibu pada masa yang berbagai.

Mereka juga boleh bermula menggunakan cawan dan sudu untuk makan sendiri. Bayi boleh duduk sendiri. Mereka menyulur dan merangkak dalam waktu ini. Pada bulan ke-8 mereka bolah mencapai dan memegang barangan. Mereka boleh mengutip objek dengan ibu jari dan jari telunjuk, kemudian melepaskan objek tersebut. Mereka mula membaling barangan. Mereka mula berdiri dengan berhati-hati, berdiri dengan memegang perabut atau dinding dan boleh berjalan jika tangan dipegang. Bila mencecah 12 bulan, kebanyakan bayi mempunyai berat 3 kali ganda berat berbanding kelahiran. Ketinggian mereka juga bertambah seinci sebulan. Pada kebiasaan, ketinggian bayi ketika setahun adalah 66-76 cm tinggi. Perkembangan Sosio-emosi – Bayi anda akan memberi reaksi bila namanya dipanggil. Ia mula takutkan orang asing dan takutkan ditinggal oleh ibu dan bapanya. Bayi merasa marah dan kecewa bila kehendaknya tidak dipenuhi dengan segera. Ia bercakap dengan diri sendiri di dalam cermin. Bayi mula belajar apa yang diizinkan dan yang tidak. Hubungan mata mula menggantikan hubungan dengan sentuhan yang mereka perlukan sebelum ini. Perkembangan Kepintaran – Bayi melambai “bye-bye” dan bermain seperti menepuk kek. Mereka memberi reaksi kepada arahan mudah. Mereka mula berupaya mencari objek yang tidak kelihatan, tidak seperti sebelumnya. Mereka mula bersuara mudah seperti “ba…ba” dan “ma…ma”. Bayi mula membayangkan aktiviti-aktiviti yang biasa dengan cuba melakonkan watak-watak tertentu dengan caranya sendiri. Mereka membuat bunyi-bunyian yang hanya orang yang amat rapat dengan mereka tahu maksudnya. Mereka mengulangi perbuatan yang menghasilkan reaksi. Contohnya jika diberi mainan yang berbunyi bila digoncang, mereka akan tahu apa yang hendak dibuat setiap kali diberi mainan tersebut. Mencecah 12 bulan bayi selalunya mula menutur perkataan pertama yang boleh difahami. Jika anda ada bayi yang kurang dari setahun, mulalah perhatikan mereka dengan teliti. Anda mungkin terkejut dengan kesungguhan mereka menguasai perkara-perkara asas di dalam hidup. Ikuti sambungan "Dari Setahun hingga 2 Tahun" pada minggu hadapan.
|
|
Last Updated ( Wednesday, 15 April 2009 20:47 )
|
Tazkirah Ramadhan - ...
salam
Perkembangan Bayi - ...
Masalah cacing selalunya mudah disele...
Perkembangan Bayi - ...
baby saya baru 6 bln..minggu depan na...
Gambar-gambar Karniv...
Ataupun boleh juga right-click di man...
Gambar-gambar Karniv...
Salam, sila tinggalkan thumbdrive/DVD...
Gambar-gambar Karniv...
Salam, Cikgu nak dapatkan gambar2x ...
Peringatan! Makanan ...
i love islam
Perkembangan Bayi - ...
Salam...pada usia 3 minggu, adalah no...
Perkembangan Bayi - ...
salam..bayi saya baru berusia 22 hari...
Perkembangan Kanak-k...
tolong sye....crikan contoh2 artikel ...
Perkembangan Bayi - ...
salam anak saya umur 7 bulan lebih...
Perkembangan Bayi - ...
jgn risau..anak saya pun tidak merang...
Kem Khalifah Cilik
tahniah n syabas wat guru2,kak su n a...
Perkembangan Kanak-k...
HAI CIKGU SAYA IZZAT DANIAL
Kem Khalifah Cilik