Home Panduan Keibubapaan dan Didikan Umur 3-4 tahun Perkembangan Kanak-kanak - 3 Tahun (Sambungan)

Tweet

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday9
mod_vvisit_counterYesterday0
mod_vvisit_counterThis week9
mod_vvisit_counterLast week0
mod_vvisit_counterThis month9
mod_vvisit_counterLast month0
mod_vvisit_counterAll days6983320

We have: 9 guests online
Your IP: 54.234.126.92
 , 
Today: May 20, 2013
 

facebook

Perkembangan Kanak-kanak - 3 Tahun (Sambungan) PDF
Panduan Keibubapaan dan didikan - Umur 3-4 tahun
Written by Abi   
Sunday, 15 March 2009 00:53

Kanak-kanak 3 Tahun

 

Perkembangan Fizikal – Kanak-kanak 3 tahun menunggang basikal roda tiga, menangkap bola, serta membina menara blok setinggi 6-9 tingkat. Mereka juga boleh berjalan menjengket dan melompat ke depan. Mereka sudah pandai bermain objek-objek kecil seperti ‘puzzles’ dan guli serta suka bermain ‘finger painting’. Mereka membesar sehingga 3 inci setahun.

 

Perkembangan Sosial dan Emosi – Mereka perlu tahu peraturan yang jelas dan tetap dan akibat dari melanggar peraturan tersebut. Mereka teruja dengan mainan lakonan atau drama dengan kanak-kanak lain. Emosi mereka selalunya ekstrim dan singkat. Mereka perlukan galakan untuk menyatakan perasaan dengan perkataan. Pada usia begini juga mereka mula belajar berkongsi. 

 

Perkembangan Kepintaran – Pada usia begini mereka lebih berkesan belajar dengan cara membuat sendiri sesuatu perkara. Mereka perlukan aktiviti yang pelbagai. Mereka perlukan ruang yang cukup di dalam bangunan dan di luar untuk aktiviti mereka. Keseimbangan antara aktiviti-aktiviti sunyi dan aktiviti-aktiviti aktif adalah perlu untuk perkembangan yang seimbang. Mereka juga mula pandai berkomunikasi mengenai kehendak, idea dan persoalan. Masa penumpuan mereka yang semakin panjang membolehkan mereka menyertai aktiviti-aktiviti berkumpulan. 

Comments
Add New Search RSS
Erni bt Abdul Ghani   |124.13.188.xxx |2013-02-25 02:21:10
Salam
Anak lelaki saya baru mencecah 3 thn. masih belum mampu bertutur tapi
kerap membebel tanpa maksud yg jelas. perkataan yg boleh disebut jelas ialah
emak dn abah. Yang lain contoh susu masih pelat walau hari2 saya ajar. Dia
faham arahan jangan dan bahya tapi untuk patuh itu ikut mood dia. Memang susah
di bawa shopping sbb dia
tak akan takut kalau saya hilang dia berlari
je. Adakah saya perlu rujuk anak saya ke pakar? Atau ini normal.
Erni bt Abdul Ghani  - ibu risau   |124.13.188.xxx |2013-02-25 02:27:43
Kalau ada sesiapa boleh bagi Advise boleh email saya ke eag.wancha@gmail.com
ye. TQ
Abusyifa'   |175.139.80.xxx |2013-02-27 15:36:23
Assalamualaikum. Pelat pada usia begini tidak perlu dirisaukan, asalkan anak
anda menyebut perkataan yang anda boleh bezakan perkataan-perkataan berlainan
walaupun susah. Jika anak anda sentiasa menggonggong botol susu dimulutnya, maka
masalah pelat ini susah untuk dibetulkan sehingga anda ajar dia minum dari
cawan. Cuba sediakan trampolin supaya perkembangan dari segi ini dipercepatkan.
erni abd ghani  - anak pelat   |118.101.201.xxx |2013-02-28 10:18:18
waalaikumsalam. Kenapa dgn trampolin? Bila melompat2 anak lebih mudah bercakap
kah? Macammana tue encik?
Jimmy Jeffry  - cara mengurus kanak2   |115.135.93.xxx |2011-08-02 07:14:11
salam satu malaysia, saya ingin meminta pendapat daripada sesiapa yang berkenan
dan harap dapat hantar pendapat anda ke email saya jimmyjeffry@ymail.com -
saya mempunyai 3 orang anak perempuan. yang sulung berusia 3 tahun kedua 1 tahun
4 bulan dan ketiga 1 bulan. anak saya sangat suka bertanya soalan yang
bermacam-macam, pandai menyusun barang mainan, memberi pendapat tentang benda
yang baik dan sebalikinya, melarang adiknya jika adiknya melakukan perbuatan
yang menbahaya, memilih makanan kesukaannya, mempunyai daya ingatan yang baik,
mudah menhghafal huruf dan susunan nombor hingga 10, berimaginasi sedang berbual
di telefon dengan sesiapa sahaja yang difikirkannya seperti berbual dengan
atuknya dikampung dengan menggunakan mainan dan banyak lagi. NAMUN demikian, ada
kalanya apabila disuruh melakukan sesuatu perkara contohnya ambil barang, diberi
makanan, jangan bising, jangan lompat-lompat, dan apa sahaja amaran/larangan
mamanjeruk   |202.171.42.xxx |2011-07-06 16:31:32
salam ....saya ada seorang anak yg saya tempatkan di taska lemon.saya ingin
bertanyakan pendapat ,saya perhatikan sejak akhir2 ini beliau agak nakal
terutamanya sejak dia ada adik.beliau akan melakukan perkara-perkara untuk
membangkitkan kemarahan kita.apakah beliau sengaja ingin menarik perhatian kita
@ ada masalah lain
Abu Syifa'   |175.136.50.xxx |2011-07-13 23:13:05
Selalunya adik baru akan mencuri tumpuan ibu/ayah darinya. Cadangan saya, ketika
bermain-main dengan bayi anda, libatkan anak puan tersebut, supaya ia rasa tidak
diabaikan.
izza bamad   |113.210.101.xxx |2012-01-14 20:33:06
anak puan jd nakal mcm tu kerana
1. kasih sayang yang diberi kepdanya telah pun
beralih pada adik dia
2. jika ada yang memberi hadiah kepada adik, pastikan anak
yang sulung juga mendapat hadiah walaupun ianya hanya lah sekadar kertas lipatan
(kapal terbang ke, itik ke...etc.)
sekian....
ismail   |203.82.95.xxx |2011-07-06 08:50:48
Salam
Saya mempunyai seorang anak lelaki berumur 3 tahun. Pada usia 2 tahun,dia
dah pandai menggunakan basikal 3 roda, menyusun kereta mainan , menulis buku
warna(conteng).dia juga memahami fungsi setiap benda yg dipegangnya seperti skru
driver,tukul dan peralatan lain. Masalahnya dia tak boleh duduk diam. Dah
ditegur dengan cara beritahu kesan setiap perbuatan yg dilakukan. kadangkala
saya memukul kakinya agar dia tidak membuat perkara salah.namun dia masih
melakukan kesalahan sama. harap dapat beri panduan ke email saya
ismail_suf@yahoo.com.Terima Kasih
Abu Syifa'   |175.136.50.xxx |2011-07-13 22:41:34
Asslmkm. Kelakuan anak tuan adalah normal dan mempunyai kelebihannya sendiri.
Apa yang ia mahukan adalah kepercayaan tuan. Percayakan ia dengan tanggungjawab,
kerana ia memerlukan sesuatu untuk dilakukan.
nani  - perkembangan psikology   |60.49.89.xxx |2010-03-04 16:56:23
Salam,
anak saya berusia 3 tahun. Dia sudah boleh bercakap dan selalu
mengajukan pelbagai soalan. Namun dia malas melakukuan beberapa aktiviti fizikal
walaupun telah diajar berkali-kali, contohnya membuka sendiri pakaian,mengemas
mainan dan mengikut arahan.Akibatnya dia akan memberontak bila saya menyuruhnya
berulang kali. Harap pihak tuan/puan dapat memberikan beberapa panduan secara
psikology untuk mengajarnya. Saya juga ingin panduan cara mengajarnya
menggunakan tandas memandangkan saya bekerja dan tiada banyak masa dirumah untuk
mengajar dan memerhatikannya menggunakan tandas. Terima kasih
Abie   |118.101.190.xxx |2010-03-05 01:00:32
Ada sesetenga perkara perlu dipaksakan pada anak2, tetapi tidak boleh
dibiasakan. Perkembangan anak yg sihat adalah melalui motivasi kendiri untuk
meneroka dari segi mental, emosi dan fizikal serta juga spiritual.

Saya
cadangkan puan memberitahunya ganjaran yg dia akan dapat jika dapat melakukan
permintaan puan. Selalunya pelukan mesra sudah cukup sebagai ganjaran.
Abie   |118.101.190.xxx |2010-03-05 01:04:33
Mengajar ke tandas sendiri memerlukan kesabaran bagi pihak puan. Mulakan dengan
menunjukkan tempat dan cara untuk buang air. Kemudian jangan pakaikan lampin.
Anak akan tersasar beberapa kali, jangan marahkannya, tetapi selalu ingatkan
tempat yg betul untuk membuang air. Semasa tidur malam masih boleh dipakaikan
lampin sehingga ia sudah biasa ke tandas sendiri.
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Monday, 27 April 2009 22:52 )