Buletin April 2004

  1. Dari Meja Pengetua.
  2. 50 Cara Mencungkil Keistimewaan Anak Anda yang Terbaik
  3. A Love for Written Words (of a child)
  4. Renungan.
  5. Selamat Tinggal Guruku
  6. Seloka Guru
  7. Kalendar Mac.
  8. Teknik Membantu Si Manja Tidur Lena

Dari Meja Pengetua         

Pelajar Tadika dan “Homework”         

Assalamualaikum warahmatullah. Terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu kepada ibu bapa yang memberi komen dan cadangan melalui borang komen/cadangan yang kami telah sediakan. AlhamduliLlah, semua cadangan dan komen sedang kami kaji dan pertimbangkan untuk disesuaikan dengan sistem Tadika Orange.

 Antara persoalan hangat yang telah ditimbulkan adalah berkenaan dengan “homework” atau kerja rumah yang terlalu sedikit atau tiada diberikan setiap hari.

 Untuk pengetahuan ibubapa, sistem Tadika Orange adalah sistem yang dirangka untuk mengembangkan kesemua cabang kepintaran kanak-kanak. Ini adalah kerana kami percaya bahawa setiap kanak-kanak berpotensi untuk menjadi manusia serba berkebolehan jika kesemua potensi tersebut tidak dihalang pertumbuhannya terutama pada umur pertumbuhan 4 hingga 6 tahun. Semasa sesi kelas di Tadika Orange, kami lebih banyak menumpukan kepada kepintaran dari segi akademik terutama dari segi bahasa (membaca/menulis), teori spiritual, IT, sains dan matematik. Kepintaran lain seperti sosial, amali spiritual dan fizikal hanya boleh dimahirkan dengan cara pembelajaran dari pengalaman sendiri yang lebih banyak boleh dipelajari di luar waktu sekolah melalui pergaulan dan permainan berkumpulan bersama kawan-kawan. Memberi banyak kerja rumah (homework) bermakna mencuri waktu mereka untuk mengalami suatu pengalaman yang paling bernilai untuk peringkat umur ini.

Anak-anak yang terlalu dikongkong untuk belajar di rumah semasa peringkat pra-sekolah kebanyakannya akan membesar dengan sifat-sifat seperti terlalu pemalu, kurang kemahiran bergaul, berat badan tidak normal, kurang keseimbangan badan, pendiam dan kurang keyakinan diri di khalayak ramai.

Untuk memastikan anak-anak ini berpotensi sebagai pelapis kepimpinan masa hadapan, mereka bukan sahaja perlu cemerlang dari segi akademik tetapi juga cemerlang dari segi sosial dan spiritual serta mempunyai keseimbangan dan kemampuan fizikal yang optimum.

Kami di Tadika Orange akan sentiasa memastikan cita-cita ini tercapai untuk setiap pelajar kami. Oleh itu ibubapa yang merasakan anak-anak mereka masih lemah dari segi akademik berbanding rakan-rakan lain, diharapkan dapat menghantar anak-anak ke kelas tambahan percuma pada setiap hari Sabtu jam 9:00-10:00 pagi di Tadika Orange.

“Anak-anak Pintar Peneraju Masa Depan”

<atas>


50 Cara Mencungkil Keistimewaan Anak Anda yang Terbaik

(Artikel asal oleh Thomas Amstrong, Phd. Diterbitkan oleh majalah Family Circle, February 2, 1993, www.ThomasArmstrong.com . Terjemahan dan olahan oleh S.Anuar).

...bersambung dari keluaran lepas...

36. Galakkan anak anda untuk berfikir tentang masa depannya. Sokong cita-citanya tanpa memaksanya untuk menjurus kepada bidang-bidang yang terlalu spesifik.

37. Perkenalkan anak anda kepada orang yang berperwatakan menarik dan hebat.

38. Jadikan rumah anda sebagai tempat belajar. Contohnya, dapur boleh dijadikan tempat belajar matematik dan sains melalui aktiviti memasak.

39. Kongsi perasaan. Bakat anak anda mungkin terus dipendam jika emosinya tertekan.

40. Galakkan anak anda membaca.

41. Hargai hasil-hasil ciptaan  dan rekaan anak anda.

42. Adakan aktiviti bersama-sama anak anda di dalam bidang-bidang yang ia minati.

     ….bersambung pada keluaran bulan hadapan

 <atas>


 A love for the written words

    According to Beth Alcort, reading is a process that should start only when the child is ready for it.

    The best time for children to master the mechanics of reading is the sensitive period between the ages of four-and-a-half and six. Before that, we need to provide a literary environment to get children interested in books and reading.

    Children should be read to starting from babyhood, and should observe adults reading for pleasure and for information, says Alcorn. The child should be spoken-to, using proper speech and precise pronunciation, without baby talk, which can form bad habit. His perceptual development must be encouraged with lots of ‘’listening games ‘’. A good foundation is needed before any formal teaching is introduced.

 <atas>


Renungan.

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan2 bagi orang-orang yang berpengetahuan…”

   <atas>


 

SELAMAT TINGGAL….

Di sini saya, cikgu Maimun mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada semua warga Tadika Orange dan ribuan kemaafan dipohon jika ada salah dan silap.  Sehingga bertemu di lain masa.   

The time has come for me to leave, I just can’t afford to fail saying “THANK YOU” to Puan Suhaila; for accepting me to be part of this big family, to the teachers and staffs; for all the help and guidance… For the parents who sent their children here, thank you for lending me their ‘precious little gems’, the smart kids of  Tadika Orange, the soul-lifters for a person here named ‘Teacher’…I’ll always have the sweet memories of everyone here, especially the children, to cling on to, until we meet again… Best Wishes, Khairunnisa

<atas>


SELOKA Tadika

Assalamualaikum pembuka bicara,

Kepada anda yang rajin membaca,

Dengarlah seloka anak-anak ceria,

Menuntut ilmu di sekolah tadika.

 

Tersenyum manis Zikril Aiman,

Dengan si Akif dia berkawan,

Dalam kelas berdua bak pahlawan,

Disuruh membaca suara tak kedengaran.

 

Kik’ku kik’ku (cikgu) terdengar suara,

Bila menoleh Arinah rupanya,

Dengan Zaidi memang tak sekepala,

Silap sikit dimarahnya semua.

 

Amalia Syasya ramai peminat,

Sesaat duduk sesaat melompat,

Dengan Raihan dia bersahabat,

Suka bercakap tak kenal penat.

 

Berbagai tabiat mahu dikongsi,

Cuma ruang tidak diberi,

Sekian dulu untuk kali ini,

Bulan hadapan kita sambung lagi.

 <atas>


April Calendar

Selamat Hari Lahir Buat

  Alisa Zafira                    06

  Nur Farah Amira           10

  Nur Izzati                     22

  Zairul Iswari                 27

  Syed Ammar  Hakimi     30

Majlis Harijadi bersama Maskot Birdie dari McDonalds akan diadakan pada16 April 2004.

Berikut adalah senarai pelajar yang telah mula membaca Al-Quran sejak bulan Mac :

Ahmad Furqan (14)

Ahmad Firman (11)

Sazana bt Sobri (7)

      Nurhanie Afiqah (6)

<atas>


Teknik Membantu Si Manja Tidur Lena

-Ketika tidur bayi memerlukan suasana   bilik yang selesa dan nyaman.Suhu yang seelok-eloknya adalah antara 21’Cdan 22’C.

-Pakaikan bayi dengan pakaian yang nyaman dan sesuai dengan suhu bilik.pada waktu malam selimutkan bayi anda kerana biasanya suhu pada waktu malam agak sejuk.

-Biasanya  bayi anda tidur dalam keadaan meniarap.

-Elakkan dari meletakkan kepala bayi di atas bantal kerana ini boleh menyebabkan bayi sukar bernafas.

-Kadang kala ketika sedang tidur,bayi akan terjaga sekejap dan menangis secara tiba-tiba.Anda jangan terburu –buru mengangkatnya.Tetapi ulik dan tepuk perlahan lahan badan bayi agar ia terlena semula.

  (m/s114,Mingguan Famili,Okt 02)

<atas>