Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.
Bertemu kembali di arena buletin bulan ini.
Saya amat bersyukur ke hadrat ilahi kerana sekali lagi berpeluang menulis diruangan ini. Selama hampir dua bulan saya bercuti, saya dapati perkembangan pelajar-pelajar amat membanggakan. Rata-rata pelajar sudah dapat membaca dan menulis dengan baik.
Pada bulan Julai yang lepas, pelajar-pelajar telah menyertai lawatan ke Pusat Sains Negara. Pendedahan praktikal kepada kepelbagaian alam sains adalah penting untuk membentuk imej dan persoalan positif yang akan memperkembangkan akal mereka.
Pada bulan Ogos pula pelajar-pelajar akan menyertai hari sukan. Bersukan adalah amat penting bukan sahaja untuk kesihatan badan tetapi juga untuk kecerdasan akal dan kestabilan emosi. Cabaran dan rintangan zaman sekarang dan masa depan memerlukan insan yang hebat dari segi mental, fizikal dan emosi.
Semoga berjaya. Wassalam
50 Cara Mencungkil Keistimewaan Anak Anda yang Terbaik
(Artikel asal oleh Thomas Amstrong, Phd. Diterbitkan oleh majalah Family Circle, February 2, 1993, www.ThomasArmstrong.com. Terjemahan dan olahan oleh S.Anuar)... bersambung dari keluaran Jun.22 - Berikan anak anda kawasan khas di rumah untuk melakukan aktiviti kreatifnya.
23- Pujilah sikap tanggungjawabnya apabila ia berjaya melengkapkan kerja di rumah yang diberikan.
24- Adakan lawatan sekeluarga ke tempat-tempat baru.
25- Berikan anak anda permainan yang terbuka (cara bermain yang tidak mempunyai had). Mainan seperti blok (Lego dsb.) dan boneka menggalakkan imiginasi.
26- Berikan anak anda masa bebas untuk berfikir dan berangan-angan tentang masa depan.
27-Berkongsilah kisah-kisah inspirasi tentang orang-orang yang telah berjaya dalam masyarakat.
…bersambung di keluaran bulan hadapan...
<atas>
Lawatan sambil belajar ke pusat sains negara.
Pada 19hb - 7 - 2003 yang lalu,Tadika Orange telah menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara. Sambutan yang diberikan oleh ibu bapa amat menggalakkan. Jutaan terima kasih khasnya kepada.ibu bapa kerana memberi kepercayaan penuh kepada kami (guru-guru) kerana membenarkan anak-anak anda mengikuti lawatan ini.
Yang paling penting dari lawatan ini adalah pendedahan mereka kepada dunia sains yang pelbagai. Selepas lawatan ini, mental mereka akan dipenuhi imej-imej dan persoalan-persoalan yang mula tercetus semasa berada di sana. Ini adalah peluang yang terbaik untuk ibubapa melibatkan diri untuk mengembangkan lagi bidang yang mereka minati. Cubalah bertanya kepada mereka tentang perkara-perkara yang mereka rasakan menarik semasa lawatan tersebut.
Adalah diharapkan ibubapa dapat menjadi aktiviti-aktiviti lawatan seperti ini sebagai salah satu aktiviti keluarga.
Rasulullah saw bersabda : "Sesungguhnya Allah memberi keampunan dan tidak mengambil kira segala pembicaraan hati umatku selagi mereka tidak memperkatakannya atau melakukannya ."
(H.R Bukhari & Muslim).
Kepintaran Fizikal (Physical Intelligence)
Kepintaran fizikal mempunyai hubungan langsung dengan kepintaran mental yang lain. Lebih seimbangan dan sihat fizikal seseorang, lebih seimbang dan sihatlah mentalnya. Badan yang sihat dan seimbang mengambil lebih banyak oksigen melalui pernafasan. Oksigen yang mencukupi membolehkan mental beroperasi pada kecekapan yang optima.
Seseorang berkepintaran fizikal mempunyai koordinasi anggota badan yang baik, seimbang dan menarik. Kelemahan-kelemahan seperti takutkan air, ketinggian, kegelapan dan sebagainya dapat diatasi dengan meningkatkan kepintaran fizikal ini.
Kepintaran fizikal dapat ditingkatkan dengan latihan, senaman dan sukan yang berterusan dan berperancangan. Aktiviti-aktiviti ini dapat menguat, menganjal (fleksible), menyeimbang, serta meningkatkan kepantasan dan koordinasi otot-otot. Ia juga terbukti dapat mengurangkan masalah tekanan mental dan masalah kesihatan yang lain.
Latihan, senaman atau bersukan amat penting dilakukan secara berterusan. Penglibatan rakan sebaya dan ahli keluarga secara bersama-sama dalam aktiviti ini dapat menjadikan ia satu kelaziman dan sebahagian dari kehidupan. Keluarga yang sihat menjamin suasana pertumbuhan anak-anak yang cemerlang.
Pada zaman ini dan akan datang, pemimpin-pemimpin masa depan adalah dari kalangan mereka yang mempunyai semua kekuatan mental, personaliti, spiritual dan fizikal. Mereka akan menguasai politik, perniagaan, sains dan teknologi serta meneraju negara bersaing dengan seluruh dunia.
Tadika Orange akan mengadakan hari sukan pada 24 Ogos 2003 sebagai salah satu usaha permulaan meningkatkan kepintaran fizikal anak-anak. Diharapkan ibubapa dapat mengambil bahagian dan seterusnya meneruskan usaha ini di sepanjang kehidupan mereka.
"Rakyat Sihat Negara Maju"
19hbJulai 2003 - Lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara.
28hb Julai 2003 - Hari lahir adik Muhammad Syamir
17hb Ogos 2003 - Hari lahir adik Azri Nazrullah
24hb Ogos - Hari sukan Tadika Orange