Buletin Jun Bil :16/06-03

  1. Dari Meja Penyelia.
  2. 50 Cara Mencungkil Keistimewaan Anak Anda yang Terbaik
  3. IT
  4. Renungan.
  5. Makanan dan Kesihatan.
  6. Kalendar Jun.
  7. Seloka Ceria
  8. Petua Untuk Ibu.

Dari Meja Penyelia.

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah. Setelah lebih seminggu anak-anak bercuti, akhirnya mereka telah kembali semula ke sekolah dalam keadaan yang sihat dan selamat.

Kami para guru di Tadika Orange berharap percutian tersebut telah menambahkan pengetahuan dan pengalaman yang positif kepada para pelajar. Semoga pengalaman dan pengetahuan ini akan mengembangkan lagi kepintaran dalaman dan sosial mereka.

Insyaallah, berkat doa dan kesabaran ibubapa dan para guru, anak-anak ini pasti akan dapat menghadapi apa sahaja dugaan dan rintangan yang bakal mereka hadapi kemudian hari.

Sekian. Wassalam.

<atas>


50 Cara Mencungkil Keistimewaan Anak Anda yang Terbaik

(Artikel asal oleh Thomas Amstrong, Phd. Diterbitkan oleh majalah Family Circle, February 2, 1993, www.ThomasArmstrong.com. Terjemahan dan olahan oleh S.Anuar)... bersambung dari keluaran Mei.

16. Gunakan senda-gurau, jenaka dan cerita rekaan untuk menggalakkan kreativiti mereka.

17. Jangan cepat mengkritik atau menghakimi perkara yang anak anda lakukan. Ia mungkin akan berputus asa untuk mengembangkan bakatnya.

18. Bermainlah dengan anak anda untuk menunjukkan sifat periang anda.

19.Berkongsilah kejayaan bersama keluarga. Adakan sesi berbincang berkenaan perkara baik yang terjadi setiap hari untuk meningkatkan keyakinan  diri

20. Bekalkan anak anda dengan kemudahan komputer di rumah atau sekolah.

21.Dengar dengan teliti perkataan anak anda. Perkara yang ia paling ambil berat mungkin memberi petunjuk kepada bakat istimewanya.

…bersambung di keluaran bulan hadapan...

 <atas>


IT (bersambung dari keluaran lepas)

Pada bulan lepas kita telah mengenal alatan 'input' yang terdiri dari papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan alat pengimbas (scanner). Bulan ini kita akan berkenalan dengan alatan 'output'.

Jika alatan 'input' adalah alatan yang membolehkan kita memasukkan data dan menyampaikan arahan kepada sesebuah komputer, alatan 'output' pula membolehkan komputer memaparkan hasil pemprosesan yang dilakukan di unit pemprosesan pusat (CPU). Bentuk paparan ini bergantung kepada alatan dan kehendak pengguna. Contoh alatan 'output' adalah:-

Skrin Komputer

Skrin komputer adalah contoh yang amat mudah. Jika anda menggunakan alatan 'input' seperti papan kekunci (keyboard) atau tetikus (mouse) untuk menaip surat di komputer anda, setiap huruf yang ditaip dan setiap pergerakan tetikus akan dapat dilihat pada skrin komputer. Paparan pada skrin komputer memudahkan anda menentukan bahawa data dan arahan yang anda berikan kepada komputer adalah betul dan tepat seperti yang anda kehendaki. Teknologi skrin komputer berkembang dengan agak pesat daripada paparan hanya berwarna hijau dan hitam dahulu, kepada skrin nipis dengan jutaan warna, kepadatan titik yang tinggi dan tidak memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Alat Pembesar Suara

Alat pembesar suara pada komputer membolehkan anda mendengar bunyian atau suara yang dimainkan oleh komputer. Dengan kecanggihan teknologi multimedia sekarang, anda boleh menonton filem kegemaran anda pada skrin komputer dengan suara dan bunyi kedengaran pada pembesar suara.

Pencetak

Dengan pembangunan dan persaingan teknologi pencetak sekarang, setiap pemunya komputer peribadi mampu untuk membeli pencetak yang boleh mencetak imej yang amat jelas dengan warna asal. Jika tadi anda menaip surat, anda boleh mencetak surat anda pada pencetak yang akan mencetak maklumat tersebut pada kertas.

<atas>


Renungan.

(Lukhman Al-Hakim)

"Wahai anak kesayanganku, carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi orang fakir, maka itulah hartamu, akan tetapi kalau engkau kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu.

<atas>


Makanan dan Kesihatan.

Perkembangan Otak Bayi

Kajian akademi Pediatrik menunjukkan kanak-kanak di bawah usia 2 tahun tidak sepatutnya dibenarkan menonton televisyen kerana ia tidak baik untuk perkembangan otak mereka.

Perkembangan otak mereka bergantung pada perhubungan secara langsung dengan orang lain bukan karektor di skrin kecil.

Ibubapa dinasihatkan supaya membiarkan bayi tidur di dalam bilik gelap. Tidur dibilik yang bercahaya sejak kecil boleh membuatkan seseorang itu mengalami rabun jauh.

Tabiat makan bayi juga perlu di perhatikan Kemontelan tidak menjamin kesihatan. Ia mungkin membawa penyakit dan kegemukan.

Untuk bayi membesar dengan sihat, susukan bayi anda dengan susu badan dengan tempoh yang lama.Ia dapat mengelakkan obesiti pada usianya 5 @ 6 tahun.

Susu ibu juga diakui berkhasiat dan berkesan mengurangkan risiko cirit-birit, jangkitan telinga, ruam dan alahan.

 

Sumber: Keluarga Sutera

<atas>


Kalendar Jun

24 Jun 03 -Hari lahir Mohd. Haziq Fikri & Adik Nik Mohd Sufi

26 Jun 03 - Hari lahir Adik  Muhammad Ilman Shah

<atas>


SELOKA CERIA SI PINTAR ORANGE.........

Datang ke sekolah adiknya bersama 

Memberi salam untuk semua

Suka senyum dan beramah mesra

Itulah Sazana simanis manja

Setiap hari menaiki van

Menuju ke sekolah suka berangan

Suka bergurau dengan kekawan

Amir Imran itulah gerangan

Dalam kelas suka mewarna

Berusia muda antara semua

"I want to go to the toilet" kebiasaannya

Mohd Ilman kesukaan semua

Tersebut kisah seorang pemuda

Azri Nazrullah empunya cerita

Dalam kelas tiada berkata

Dalam periksa kalahkan semua.

<atas>


Petua Untuk Ibu

Menghitam & Melebatkan Rambut

Bagi rambut yang bermasalah seperti rambut gugur terutama ibu-ibu yang baru lepas pantang, ambil beberapa helai daun rambutan yang agak muda. Ramas di dalam semangkuk air sehingga keluar lendirnya. Selepas itu sapukan dirambut, biarkan selama 20 minit. Akhir sekali, cuci rambut dengan air sejuk . Lakukan dua hari sekali untuk memperolehi hasilnya.

Sumber: Majalah Anis

<atas>