Assalamualaikum warahmatullah . Bertemu kembali di arena buletin ini.
Alhamdulillah. Berkat doa dan kesabaran ibubapa, guru-guru serta para pelajar, debaran ketika berlangsungnya peperiksaan pertengahan tahun ini telah pun berlalu. Pastinya ada diantara ibu-bapa pelajar sendiri lebih berdebar menantikan keputusan peperiksaan anak masing-masing.
Walau apapun jua keputusan anak-anak anda, berilah dorongan, sokongan serta sedikit pujian kerana objektif peperiksaan ini adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar kepada situasi persekolahan sebenar yang akan mereka tempuhi serta membantu mereka menggunakan akal-fikiran sendiri apabila menjawab sesuatu soalan.
Semoga pengalaman ini beserta dorongan dan sokongan ibubapa akan membuatkan mereka berminat untuk lebih berusaha dalam menghadapi peperiksaan akhir tahun nanti . Harapan kami adalah agar anak-anak ini akan berjaya menghadapi cabaran dunia persekolahan yang sebenar sehingga akhirnya akan menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat. Insyaallah.....
Sekian. Wassalam.
50 Cara Mencungkil Keistimewaan Anak Anda yang Terbaik
(Artikel asal oleh Thomas Amstrong, Phd. Diterbitkan oleh majalah Family Circle, February 2, 1993,
www.ThomasArmstrong.com. Terjemahan dan olahan oleh S.Anuar)... bersambung dari keluaran Mac.12. Adakan aktiviti permainan bersama sekeluarga.
13. Wujudkan masa sekeluarga yang tetap untuk membaca, berhibur dan berbincang bersama-sama.
14.- Sediakan bahan-bahan rujukan untuk anak anda menjelajah dunia ini.
15- Benarkan anak anda mengambil bahagian dalam aktiviti komuniti yang ia minati.
…bersambung di keluaran bulan hadapan...
IT (bersambung dari keluaran lepas)
diprogram untuk menjalankan arahan tertentu. Sebagai contoh: F1 (help).Buletin terbitan lalu telah menceritakan tentang Alatan ‘Input’ dan ‘output’ bagi sesebuah komputer. Berikut adalah penerangan yang lebih terperinci tentang Alatan Input :-
1. Papan kekunci.
2. Tetikus
3. Alat pengimbas
Papan kekunci (keyboard) adalah alatan input yang utama. Hampir sama dengan mesin taip. Ia terbahagi kepada empat bahagian :
a. kekunci fungsi- F1 hingga F12
b. Kekunci mesin taip-mengandungi huruf, nombor, tanda bacaan, dll. Susunan
kekunci adalah jenis QWERTYc. Kekunci Penggerak kursor-kekunci arah
untuk menggerakkan kursor keatas, kebawah, ke kiri dan ke kanan.Tetikus (mouse) digunakan untuk memberi arahan dan perintah kepada komputer bagi menjalankan sesuatu tugas. Ia mempunyai dua butang iaitu kanan dan kiri. Butang kiri digunakan untuk memilih program dan memberi perintah kepada komputer.
Alat Pengimbas (scanner) adalah terbalik kepada fungsi pencetak. Ia digunakan untuk mengimbas bahan bercetak seperti teks dan gambar dan menukarnya ke dalam bentuk digital...bersambung...
Surah Al-Asr : 1 - 3 :
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (hidupnya) dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh. Dan berpesan-pesan dengan kebenaran. Dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
-sumber
INFO SIHAT -Majalah KeluargaMakanan untuk meredakan STRESS
Betik :- kaya vitamin C
- membantu tubuh seimbangkan Asid amino & menukarkan asid Folik kepada bentuk yang lebih aktif
- membaiki tisu-tisu badan
Pisang:- mengandungi melatonin & Potassium
- meredakan hipertensi
Kentang :-Kaya potassium &Vitamin B
- rendah Vitamin B sebabkan kegelisahan, tekanan,kebimbangan, meradang dan perasaan berubah-ubah
Produk kacang soya :-
- tauhu, taufufa, air kacang soya &tempe
- kaya dengan tryptophan : bahan utama pembantukan melatonin iaitu hormon yang dihasilkan oleh otak yang dapat mengurangkan tekanan, menenangkan saraf dan tidur yang nyenyak.
1 Mei "03 -Hari Pekerja
6 Mei 03 - Hari lahir adik Faresha Farhana
8 Mei 03 -Hari Lahir Adik Mujahidah
14 May "03 - Hari Maulidur Rasul
15 Mei "03 - Hari Wesak
16 Mei "03 -Hari Guru
24 Mei 03 - Hari ahir Adik Aida Nabila
29 Mei - 8 Jun - Cuti sekolah pertengahan tahun
SELOKA
CERIA SI PINTAR ORANGE.........
Datang sekolah awal pagi
Pulang pula petang hari
Nur Hazreen Amierah nama diberi
Orangnya friendly dan ramah sekali
Orangnya comel kecil sahaja
Nurul Iman nama orangnya
Dalam kelas tak senang duduknya
Bila bermain sentiasa ketawa
Mujahidah minat bab agama
Dengan Amierah berkawan baik
Mengusik kawan jadi hobinya
Bila di tegur mulalah panik