Buletin April Bil :16/04-03

  1. Dari Meja Penyelia.
  2. 6 Panduan Mencari Bahan Bacaan untuk Anak
  3. IT
  4. Renungan.
  5. Makanan dan Kesihatan.
  6. Kalendar Mac.
  7. Seloka Ceria

Dari Meja Penyelia.

Assalamualaikum warahmatuLlah . Saya ucapkan salam ukhuwah berpanjangan dari kami warga pendidik Tadika Orange.

Sepanjang empat bulan ini, kemajuan pelajar-pelajar amat membanggakan. Walaupun peningkatan setiap individu tidak pada tahap yang sama, tetapi mereka menunjukkan perubahan yang amat positif dari segi akademik, kepintaran akal, fizikal, spiritual dan sosial.

Sehubungan dengan itu peperiksaan pertengahan tahun akan diadakan pada awal bulan May nanti. Penglibatan ibubapa dalam memberi galakan dan dorongan tanpa paksaan kepada anak-anak ketika di rumah akan banyak membantu mereka. Kami cadangkan ibubapa mengadakan permainan bersahaja yang secara tidak langsung melatih-tubi kemahiran anak-anak ini.

Sekian. Wassalam.

<atas>


6 Panduan Mencari Bahan Bacaan untuk Anak

1. Ibu bapa boleh bertanya kepada kawan-kawan, jiran atau guru anak-anak anda bahan bacaan apakah yang mereka sukai. Ini akan lebih memudahkan anda membuat perbandingan dan menentukan kesesuaian bahan bacaan tersebut dengan anak-anak. Sekiranya anda berpeluang untuk mengunjungi kedai buku tetapi tidak pernah mendapat sebarang panduan tentang tajuk dan jenis buku, adalah sukar untuk kita memilih ratusan buku yang terdapat di rak kedai buku tersebut. Secara tidak langsung ini juga dapat menjimatkan masa serta dapat mengeratkan lagi tali persahabatan sesama jiran tetangga.

2. Berkunjung ke perpustakaan berdekatan secepat mungkin serta mendapatkan keahlian untuk anak-anak anda. Kemudian anda boleh dapatkan bantuan petugas di perpustakaan berkenaan untuk membantu mendapatkan buku yang sesuai untuk anak anda.

3. Dapatkan maklumat terkini tentang buku-buku yang pernah memenangi hadiah atau anugerah. Biasanya buku-buku sebegini adalah buku-buku yang berkualiti dan terjamin dari segi mesej yang disampaikannya.

4.Rujuk kepada mana-mana akhbar atau majalah yang mengemukakan ulasan tentang buku-buku yang berada di pasaran. Biasanya ulasan-ulasan sedemikian dapat menggambarkan bagaimanakah kandungan keseluruhan buku berkenaan.dicontohi oleh anak-,anak.

 5. Sekiranya anak anda sudah mampu memilih atau sudah pandai menganalisa maka ajaklah anak-anak anda untuk sama-sama memilih bahan-bahan bacaan yang terdapatdi kedai atau pameran-pameran buku. Anak anda pasti gembira sekiranya diberi peluang untuk memilih buku yang dihajati, sekaligus dapat menanamkan minat mereka untuk membaca.

 6. Sekiranya tidak berminat dengan buku yang berada ditangan, jangan terus tinggalkan. Ambil buku lain yang sesuai dengan citarasa anda dan anak-anak agar dapat menceriakan suasana pembacaan yang sedang dirancang. 

Siri “50 Cara Mencungkil Keistimewaan Anak Anda yang Terbaik” akan bersambung pada keluaran May.

           <atas>


IT  (sambungan dari keluaran lepas)

Berikut adalah antara komponen-komponen utama dalam sesebuah komputer:-

1.Unit Pemproses (CPU)

2.Alatan ‘Output’ (skrin, pencetak dan ‘speaker’)

3.Alatan ‘Input’ (tetikus, papan kekunci, pembesar suara)

 

Pemproses dipanggil mikro-pemproses atau CPU merupakan bahagian yang memproses maklumat dari alatan ‘input’ dan menghantarkan hasilnya kepada alatan ‘output’. Ia adalah ibarat otak yang mengawal seluruh aktiviti badan manusia.

 

Alatan ‘output’ seperti skrin (monitor)   dan pencetak (printer) memaparkan hasil dari ‘pemproses’ dalam bentuk yang dingini dan difahami pengguna.

 

Alatan input seperti tetikus (mouse), papan kekunci (keyboard) memberikan maklumat mengikut kehendak pengguna kepada ‘pemproses’. ‘Pemproses’ pula akan memproses maklumat tersebut mengikut perisian (software) yang sedang berjalan pada ketika itu, lantas memaparkan pada alatan ‘output’...bersambung...

<atas>


Renungan.

Firman Allah SWT dalam Surah Al - Mukminun (ayat 1):

"Sesungguhnya mendapat kejayaan orang - orang yang beriman yang khusyuk dalam solat mereka itu ."

<atas>


Makanan dan Kesihatan.

Manfaat Hampas Kacang Soya

Setiap kali ingin membuat air kacang soya sendiri, hampas yang telah diperah,jangan dibuang begitu sahaja.InI kerana,hampas tersebut boleh dimanfaatkan dengan membuat puding atau agar-agar.Caranya mudah saja,campurkan hampas tersebut ke dalam puding kastat atau agar-agar kesukaan.Ia bukan saja sedap tetapi sangat berkhasiat dan kaya dengan serat.

<atas>


Kalendar April

1 April 03 -  Hari lahir Cikgu Linda

10 April 03 -Hari lahir adik Syazwan(Taska)

22 April 03-Hari lahir Adik Syed Ammar Hakimi.

24 April 03-Hari lahir Adik Sazana

<atas>


SELOKA CERIA SI PINTAR ORANGE.........

 Assalamualaikum, salam sejahtera,

Kepada pelajar dan ibu bapa,

Seloka ceria pembuka bicara,

Buat tatapan untuk semua.

Adik Syamir cute orangnya.

Di dalam kelas suka mewarna,

Pemberita muda itulah Amira,

Isu terkini terhebah semua.

 Ajaib sungguh Ainin Sofiya,

Di sekolah senyap di rumah jenaka,

Suka bertanya dan bercerita,

Itulah dia Aida Nabila.

<Seloka 2> <atas>