|
Dari
Meja Guru Penyelia
Assalamualaikum. Selamat datang kepada pelajar-pelajar baru dan
kepada pelajar lama selamat kembali ke Tadika Orange. Terima kasih
kepada ibu bapa kerana memilih Tadika Orange sebagai destinasi
Pra-Pendidikan mereka. Kami sentiasa berusaha memberi pendekatan
pendidikan terkini dan terbaik kepada anak-anak anda. Insyaallah kami
juga mengalu-alukan sokongan dan cadangan daripada ibu bapa untuk
memenuhi objektif tersebut. Wassalam. |
Melangkah ke sekolah - STANDARD umur bukan ukuran
Seorang kanak-kanak dianggap bersedia ke sekolah pada umur
lima tahun. Bagaimanapun ukuran ini tidak benar bagi semua kanak-kanak. Setengah
kanak-kanak bersedia ke sekolah pada usia empat tahun dan setengahnya pula pada
usia enam tahun.
Anda jangan bimbang dengan situasi sebegini kerana anak cuma
tidak mengikut standard umur yang ditetapkan, bukan bermakna dia ketinggalan.
Kebanyakan kanak-kanak berkembang maju dalam suasana yang
mendedahkan mereka kepada penguasaan mata pelajaran dan pencapaian kanak-kanak
lain di sekelilingnya. Cepat atau lewat ke sekolah bukan masalah. Apabila anak
anda sudah bersedia untuk ke sekolah, dia akan dapat mengimbangi balik masa yang
ditinggalkan dengan cepat.
Sekiranya anda boleh membimbing sendiri anak di rumah, maka tidak perlu menghantarnya ke tadika. Jika dia mahu ke sekolah belajar dan bermain dengan kanak-kanak lain, ikutlah kehendaknya dan naluri anda. Biasanya anak yang pintar mungkin akan merasa rangsangan di rumah sudah tidak sesuai dengannya. Dia mungkin rasa jemu tanpa kawan-kawan dan pendidikan yang formal.
<atas>
Menurut pendapat Dato’Dr A Halim Jalil dalam majalah ibu bapa Februari 2003 m/s: 40 mengatakan bahawa kanak-kanak lelaki lebih kerap mengalami masalah lambat bercakap berbanding anak perempuan.
Ada kalanya ia mempunyai kaitan dengan baka. Penting disahkan yang pendengarannya normal. Penilaian perkembangan bahasa perlu di buat untuk mengetahui tahap perkembangan kefahaman bahasa (language comprehension).
Lidah yang pendek dan masalah anak tekak pendek tiada kaitan dengan kanak-kanak yang lambat bercakap. Mungkin hanya percakapannya kurang jelas. Kebanyakan kanak-kanak sudah boleh bercakap menjelang 2 tahun umpamanya ‘na’ nenen ‘na’ ‘air’ makan dan sebagainya.
Pastikan anak dapat rangsangan sosial. Beliau juga mengesyorkan agar ibu bapa mendapatkan pemeriksaan komprehensif untuk anak yang merangkumi aspek kesihatan dan perkembangan. Kurang rangsangan boleh menyebabkan anak lambat bercakap malah ganguan emosi juga satu lagi punca, bukan pekak sahaja.
|
AYAT
YANG PALING AGUNG DALAM AL-QURAN- AL-KURSY An Nasa’I
Ibn Hibban dan At-Tabari meriwayatkan daripada Abu Umamah, bahawa
Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa membaca
ayat Al-Kursy selepas setiap solat wajib, tidak ada yang menghalangnya
masuk syurga apabila dia mati” |
SUMPAH
KITA DENGAN ALLAH
Setiap hari kita bersumpah,
sekurang-kurangnya 5 kali mengaku kepada Allah (dalam solat kita) “
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku
kerana ALLAH Tuhan semesta Alam. Tiada sekutu darinya. Dan dengan demikianlah
aku di perintahkan dan aku adalah dari golongan orang-orang yang pasrah (orang-orang
Islam”.
Kalendar Januari/Februari (Hari Jadi dan Cuti)
JANUARI
Nur
Arinah (5 Thn) 23
Nurul
Elisya (5 Thn) 23
Nur
Farhana (6 Thn) 13
Nazmi Faiz (2 Thn) 27
1-4
Cuti Sekolah
FEBRUARI
Mohd
Raihan (5 Thn) 23
1 & 2 Hari Raya
Haji
5 Thaipusam