Bulletin Januari Bil :1/01-03

  1. Dari Meja Penyelia.
  2. 50 Cara Mencungkil Keistimewaan Anak Anda yang Terbaik.
  3. General Knowledge.
  4. Renungan.
  5. Makanan dan Kesihatan.
  6. Kalendar Januari.
  7. Mewarna.

Dari Meja Penyelia.

Assalamualaikum. Saya bagi pihak Tadika Orange mengalu-alukan semua keluarga baru pusat ini; pelajar-pelajar, ibubapa dan kakitangan. Dengan izin Allah, kita bersama-sama berpeluang melangkah mengharungi cabaran dunia yang sentiasa berubah. Perubahan ini menuntut persediaan asas yang kukuh dari anak-anak kita semenjak dari kecil.

Kami di Tadika Orange percaya bahawa pendidikan asas yang bermula lebih awal akan memberi mereka banyak kelebihan untuk berkembang dengan pantas dan seimbang berbanding dengan rakan-rakan seusia yang lain. Penekanan utama akan diberikan kepada pendidikan fizikal, agama, sosial, bahasa, matematik dan sains sejajar dengan tuntutan tersebut. Selaras dengan aliran pendidikan negara juga, subjek sains dan matematik akan diajar dalam bahasa Inggeris.

Akhir kata, terima kasih diatas sokongan anda semua. Anak-anak ini mempunyai potensi yang amat besar serta   matlamat yang amat unggul, dan adalah tanggungjawab kita semua untuk memberi sinar dalam perjalanan mereka.

Semoga Berjaya. Wassalam.

<atas>


50 Cara Mencungkil Keistimewaan Anak Anda yang Terbaik.

(Artikel asal oleh Thomas Amstrong, Phd. Diterbitkan oleh majalah Family Circle, February 2, 1993. Terjemahan dan olahan oleh S.Anuar)

Kajian di Universiti Harvard mendapati bahawa kanak-kanak mempamerkan keistimewaan atau kepintaran melalui banyak cabang iaitu bahasa, matematik, muzik, gambaran, fizikal dan sosial. Seperti kata seorang cendikiawan, “Semua kanak-kanak adalah pintar, hanya sesetengah dari mereka memperlihatkannya sedikit lewat dari yang lain”

Anda boleh memainkan peranan yang amat penting untuk mendedahkan keistimewaan yang terpendam atau mengembangkan bakat yang sedia ada melalui pengalaman yang anda berikan kepada anak-anak anda di rumah. Senarai di bawah adalah 50 cara  untuk mencungkil keistimewaan mereka yang terbaik:-

1- Biarkan anak anda mencari sendiri minatnya. Beri perhatian kepada aktiviti yang ia pilih diwaktu lapang.  Semua ini dapat memberi petunjuk kepada anda tentang bidang yang ia paling minati.

2- Dedahkan anak anda kepada pengalaman yang pelbagai. Ini mungkin akan membangkitkan keistimewaannya yang terpendam selama ini. Jangan sesekali membuat kesimpulan bahawa anak anda tiada kelebihan di dalam sesuatu bidang jika dia belum menunjukkan minat.

...bersambung di keluaran hadapan...

<atas>


General Knowledge.

What is the name of the longest river in the world?

(a)   Yangtze river in China

(b)  Amazon river in South America.

(c) Nile river in Africa.

The longest river in the world is the Nile river located in  the African continent. The length of the river is about 6,650 kilometers extending through Tanzania, Burundi, Rwanda, Zaire, Kenya, Uganda, Ethiopia, Sudan, and Egypt. It originates from the Blue Nile and the White Nile which join at Khartoum, Sudan where it continues to flow to the Mediterranean sea in the north.

(*Ask your teacher to show you the big map)

<atas>


Renungan.

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas bahawa RasuluLlah s.a.w bersabda marfumnya; “Ada dua keberkatan yang ramai orang kehilangan, iaitu kesihatan dan masa lapang untuk berbuat kebaikan”.

 - Sahih Bukhari.

Narrated Ibn ‘Abbas: The Prophet said, “There are two blessings which many people lose: (They are) Health and free time for doing good.”       

- Sahih Bukhari.

<atas>


Makanan dan Kesihatan.

Vitamin A

Kegunaan: Membantu deria penglihatan, membina dan mengekalkan kulit, gigi, tulang dan selaput mukus yang sihat.  Dikatakan mampu menghalang kanser payudara dan meningkatkan rintangan badan kanak-kanak kepada jangkitan.

Sumber    : Susu, telur, hati, keju, minyak ikan, dan buah-buahan atau sayuran yang mengandungi bahan “beta-carotene” seperti  mangga, apricot,  lobak merah, labu manis, dan bayam (selalunya berwarna oren).

Pil tambahan: Tidak digalakkan kerana vitamin A menjadi racun pada dos yang berlebihan.

<atas>


Kalendar Januari

1 Jan ‘03 – Tahun Baru

5 Jan ’03 – Hari Pendaftaran

5 Jan ’03 – Hari Jadi Cikgu Suhaila.

6 Jan ’03 – Hari Pertama Persekolahan

13 Jan ’03- Hari Jadi Adik Nurfarhana.

31 Jan ’03- Hari Jadi Adik Harith.

<atas>


Mewarna

<atas>