Buletin Mac Bil :6/03-03

  1. Dari Meja Penyelia.
  2. 50 Cara Mencungkil Keistimewaan Anak Anda yang Terbaik.
  3. IT
  4. Renungan.
  5. Makanan dan Kesihatan.
  6. Kalendar Mac.

Dari Meja Penyelia.

Assalamualaikum warahmatullah . Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru (Maal Hijrah- Awal Muharam) . Sama-samalah kita menanamkan azam baru di awal tahun Islam ini agar tahun ini segala amalan kita lebih baik dari tahun sebelumnya. Galakkanlah anak-anak kita menanamkan azam baru pada awal Muharam. Ini adalah supaya mereka juga peka tentang bulan -bulan islam,yang kian dilupakan oleh generasi muda sekarang.

Kami di Tadika Orange juga mengharapkan para ibu bapa dapat memberi sedikit pendapat, cadangan atau kritikan membina kepada kami dengan melayari laman web kami di http://www.orangekid.biz

Akhir kata saya berharap agar ibu bapa dapat sama - sama bergabung usaha dalam melaksanakan impian agar anak - anak kita cemerlang di dunia mahupun di akhirat .

Sekian , wallahualam .

<atas>


50 Cara Mencungkil Keistimewaan Anak Anda yang Terbaik.

(Artikel asal oleh Thomas Amstrong, Phd. Diterbitkan oleh majalah Family Circle, February 2, 1993, www.ThomasArmstrong.com . Terjemahan dan olahan oleh S.Anuar) …bersambung dari keluaran lepas…

7- Wujudkan harapan yang tinggi tetapi realistik.

8- Kongsikan pengalaman pekerjaan anda.  Dedahkan gambaran kejayaan kepada anak anda dengan membawanya ke tempat anda bekerja. Biarkan anak anda melihat anda melakukan aktiviti yang bermakna dan benarkan dia terlibat dalam aktiviti tersebut.

9- Wujudkan persekitaran yang kaya dengan rangsangan deria. Sediakan bahan-bahan di rumah yang boleh menggalakkan perkembangan deria pendengaran, sentuhan, penglihatan, rasa dan bau. Contohnya adalah seperti cat jari, boneka tangan dan alat-alat bunyian.

10- Kekalkan semangat dan minat anda terhadap ilmu dan pendidikan kerana ia akan menjadi teladan baik kepada anak anda.

11- Jangan memanggil atau melabel anak anda dengan sesuatu panggilan atau label yang negatif kerana ia akan menghadkan keazamannya untuk mengembangkan keistimewaan dalamannya. 

...bersambung di keluaran hadapan...

<atas>


IT  (bersambung dari minggu lepas)

Secara ringkas, individu yang mahu terlibat dalam komuniti IT perlu kepada sekurang-kurangnya perkara-perkara berikut:-

  1. Komputer.
  2. Perisian komputer.
  3. Media maklumat atau data.

 Komputer atau alatan elektronik berkomputer lain seperti telefon bimbit, berfungsi sebagai perantara antara manusia dan maklumat yang dikehendaki. Alatan ini membaca, mentafsir, menulis dan mempamerkan maklumat dalam bentuk yang boleh diguna dan difahami manusia.

 Perisian komputer pula berfungsi sebagai perantara antara komputer dan media maklumat/data. Contoh perisian adalah Microsoft Windows XP, Internet Explorer, Microsoft Word dan sebagainya.

 Manakala media maklumat/data berfungsi untuk menyimpan maklumat yang boleh dibaca dan ditafsir oleh komputer. Contohnya adalah cakera padat (CD), cakera keras (hard disk) dan cakera lembut (floppy disk). Maklumat yang tersimpan dalam bentuk ini membolehkan data dipindahkan dari satu komputer ke komputer yang lain.

Komputer-komputer boleh berkomunikasi antara satu sama lain untuk berkongsi maklumat melalui jaringan (network). Dengan kemajuan teknologi IT sekarang, anda boleh berkongsi maklumat dengan komputer-komputer di seluruh dunia melalui jaringan sedunia yang dipanggil internet. Pengetahuan tentang internet membolehkan anda melakukan urusan bank, penyelidikan, pembayaran bil-bil, perutusan surat, perniagaan, melabur dan membeli-belah tanpa melangkah keluar dari pintu rumah anda...bersambung...

<atas>


Renungan.

Rasulullah saw bersabda : "Sesungguhnya Allah memberi keampunan dan tidak mengambil kira segala pembicaraan hati umatku selagi mereka tidak memperkatakannya atau melakukannya ."

(H.R Bukhari & Muslim).

<atas>


Makanan dan Kesihatan.

-sumber www.fda.gov -

Vitamin D

Kegunaan: Menguatkan tulang dan gigi dengan cara membantu penyerapan mineral kalsium. Ia juga membantu mengekalkan mineral fosforus di dalam darah. Boleh mengelakkan risiko osteoporosis dan kanser usus.

Sumber : Susu, minyak ikan, merjerin yang diperkuat, dan badan manusia apabila terkena cahaya matahari.

Pil tambahan: 400 IU (International Unit) untuk pengamal ‘vegetarian’, orang tua, orang yang tidak meminum susu, dan orang yang tidak terdedah kepada cahaya matahari. Menjadi racun pada dos berlebihan.

<atas>


Kalendar Mac

4 Mac ’03 – Cuti Awwal Muharram.

10 Mac ’03 - Cuti pertabalan Sultan Selangor.

1 Mac ‘03 - Hari Jadi Adik Shafique Asmie( kelas mengaji sesi petang)

20 Mac ‘03 - Hari jadi adik Izzatul Humairah Hazmirul

24 Mac ’03 – Hari jadi adik Nur Hanie Afiqah Hamdan.

27 Mac ’03 – Hari jadi adik Nurin Afrina Mohd. Halim.

<atas>