|
Tadika Orange
|
BULETIN OGOS/SEPT Kreatif, Dinamik, Islamik |
|||||
|
Bil :9/05-09 |
30 OGOS 2005 |
Tel: 03-51228952 E-Mel: orange@orangekid.biz |
Edaran Dalaman Sahaja |
|||
|
PERHATIAN
KEPADA WARGA TADIKA ORANGE Ujian Lisan 26 & 27 September 05 (Isnin, Selasa & Rabu) Final Exam 3 – 7 Oktober 05 (Isnin – Jumaat)
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak |
From
the editor
There are so many things that have been going on
this past nine months. It’s all started with the Registration Day, to
Parenting Talk, Annual Trip, Sports Day and Colouring and IQ Contests that
the students took part. We, the teachers of Tadika Orange, are proud of our
students and appreciate the parents’ supports and involvements in making
these possible. Thanks to all sponsors that have been very generous all year
round.
We are approaching the end of this year
school term. There will be 2 major events in October; the final exam and
Convocation Day. These two events shall be the pinnacle of the students’
journey through this institution. As always, your supports as parents are
always hoped for. Most importantly, thank you all teachers,
who have been consistently making the activities and improvements that we
planned into realities. You are the hands and feet of the institution. Thank you. |
|||||
|
Sports Day Seperti
yang kita sedia maklum, pada 7 Ogos yang lalu Tadika Orange telah
menganjurkan Temasya Sukan Tadika Orange kali ke-3. Majlis bermula kira-kira jam 9.00 pagi, didahului dengan perarakkan
kontijen pasukan Stawberry,
Mangosteen, Kiwi dan Lemon yang diketuai oleh adik Muhammad Haikal b. Farid
Rizal. Temasya
sukan pada kali ini telah dirasmikan oleh En. Shaiful Anuar b. Shafei,
Pengarah ADSU EDUMEDIA Sdn. Bhd.
Keadaan mula terasa apabila bermulanya acara bagi pelajar Tadika Orange.
Suasana semakin gamat apabila melihat ‘anak-anak’ taska berlumba-lumba
mengutip belon yang diisi dengan air. Futsal merupakan acara terakhir dan
dijuarai oleh kontijen Lemon. bersambung
pada kolum seterusnya… |
sambungan… Temasya berakhir kira-kira
jam 1 petang dengan keputusan pasukan Kiwi menjuarai acara keseluruhan acara.
Naib johan pula ialah pasukan Lemon, tempat ketiga pasukan Mangosteen,
manakala pasukan Strawberry menduduki tempat keempat. Kami
barisan Ahli Jawatankuasa Temasya Sukan Tadika Orange 2005 ingin mengucapkan
‘ribuan terima kasih’ kepada semua para ibubapa/penjaga. |
|||||
|
“Happy
Birthday to you….”
Ogos Karin 1995 Amira
Shaza 1996 Syafeeqa
1996 Farah
Sabrina 1997 Hafiz
Irwan 1998 Nur
Hazeerah 2.8.1999 Muhd.
Amirul 11.8.1999 Danial
Effendi 17.8.1999 Ayu Nazira
26.8.1999 Alif Naim
29.8.1999 Alisya
Eriana 5.8.2000 Aizarul
Rusyamirul 21.8.01 September Wan Shahmi
1996 Fadzlin
Nisa 1996 Safra Marsya
1996 Nuriman
Muzarif 19.9.1999 Muhd.
Zulkhairi 29.9.1999 Muhd. Aqil
Syahmi 6.9.2000 Farah
Nasywa 7.9.2001 Mikail
Haikal 27.9.2002 HAPPY BIRTHDAY TEACHERS Norazilah Bt. Ali 9 September Norihan Bt. Ariffin 19 September |
||||||
|
3 September 2005, Adik
Syasya dan Adik Daniel Hafiz
menyertai pertandingan IQ anjuran Nestle di Midvalley Megamall
10 September 2005, Adik
Mujahid dan Adik Mohamad Haikal
menjuarai Pertandingan Mewarna Tadika-tadika Zon 7 MBSA. |
||||||
|
BIRTHDAY Allah selamatkan
kamu… Allah selamatkan
kamu… Allah selamatkan
Daniel Effendi… Allah selamatkan
kamu… Happy birthday to
you… Happy birthday to
you… Happy birthday to
Ayu Nazira… Happy birthday to
you… Sambutan hari lahir
Daniel Effendi telah diadakan dengan
meriahnya di Tadika Orange pada 17 Ogos yang lalu. Manakala bagi adik
Ayu Nazira pula, mencecah usia 6 tahun pada tarikh 26 Ogos 2005. Di kesempatan ini
semua ahli keluarga Tadika Orange ingin mengucapkan ‘Selamat Menyambut Hari
Lahir’ kepada semua para pelajar yang menyambutnya pada bulan Ogos dan
September. Adios
Amigos |
||||||
|
Bil :9/05-09 |
30 OGOS 2005 |
Tel: 03-51228952 E-Mel: orange@orangekid.biz |
Edaran Dalaman
Sahaja |
|||
|
SOLAT
TARAWIH Pengertian Solat Terawih adalah solat selepas waktu Isya’
dalam bulan Ramadhan. Solat ini hukumnya sunat Muakkat, boleh dilakukan
sendiri atau berjemaah. Jumlah rakaat bagi solat ini adalah 20(atau 8) rakaat
beserta 10 (atau 4) salam. Kelebihan Disebalik Malam-malam Solat Tarawih Malam pertama Dosanya
keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu Malam
ke-2 Dosanya
diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin Malam
ke-3 Dipanggil
oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan 'mulailah kamu beramal sebab
Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu ' Malam
ke-4 Pahalanya
sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran Malam
ke-5 Pahala
seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di
Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin Malam ke-6 Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah,
batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya bersambung pada keluara akan
datang… |
Lemon oh Lemon… Jeng, jeng, jeng… di
sini mike nak bagi tau yang ‘bos’ mike dah bukak satu lagi cawangan baru.
Chee…wah, cawangan! Jangan ‘jeles’… Bukan tadika tapi taska. Tak jauh pun
tempatnye… kat sini-sini jer… kalu ‘batuk manja’ tu kira bleh dengar la… Tapi masalahnye, mike
tak tau nak taruk nama apa. Kalu buh nama ‘durian’, nanti takut parents lari
lintang pukang! Taruk nama ‘cermai’ kang, riso anak-anak yang klua
masam-masam belaka! Abis tu nak guna nama per… Orange dah sudah.
Markisa pun dah de orang pakai! So, camne ni… bos bagi tempoh sehari je pilih
nama yang sesuai. Ni yang buat mike pening pala... help, help, please help
me… Rasa-rasa cam nak bubuh nama jering,
petai atau kerdas jer tapi, takut kene ‘bungkus’ plak. Pe gelak-gelak, ingat
mike main-main ke?!! Ok pe nama tu… Ape, kome tak setuju??!! Tak international
ke nama tu?!! Arrg, tensionnye mike! Sebenarnye, bos mike suruh taruk nama
buah-buahan. ‘Seadik-beradik’ ngan Orange n Markisa. Tapi, mike tak dapat nak
pikir lah wat masa skang… Ha, mike de satu nama! Nama ni mike
‘cipta’ masa bercuti kat Hawaii dengan member-member mike dulu… pe kata mike
buh nama LEMON! Setuju tak?!! Yes, mike berjaya gak akhirnye!!!! LEMON OH
LEMON Terima kasih buat
member-member tersayang: Azimah,
Mimie, Normawati, Maya, Azie n Kak Ida. |
‘Bersamamu’ d Tadika Orange Nik Alia Hanis bt. Nik Othman
Zainuddin merupa pelajar Tadika Orange. Berusia 6 tahun dan belajar di kelas
Elit Mukhlis. Bapanya seorang jurutera dan sekarang terlantar sakit akibat
penyakit yang menimpa kira-kira 3 bulan yang lalu. Kini En. Nik Othman tidak
dapat bekerja dan hanya terlantar di rumah. Semua perbelanjaan harian, 6
orang anak dan pembiayaan ubat-ubatan En Nik Othman diuruskan oleh isteri
beliau yang kini bekerja sebagai seorang pensyarah. “Hulurkan tangan, ringankan beban”. Itulah kata-kata hikmat
‘TV3’ yang membawa kepada rasa insaf dan simpati di kalangan rakyat Malaysia.
Sehubungan itu, dengan rasa prihatin dan tanggungjawab pihak Tadika Orange ingin meminta sedikit
sumbangan daripada para ibubapa/ penjaga bagi membantu meringankan lagi beban
keluarga En. Nik Othman ni. Sumbangan tersebut boleh
dibuat melalui Tadika Orange atau berhubung sendiri dengan Puan Wani di
talian 012-2115949/ 03-51214009 p/s: Di kesempatan ini seluruh keluarga En.
Nik Othman Zainuddin dan warga Tadika Orange ingin mengucapkan ribuan ‘terima
kasih’. |
||||
|
Adik Baru Cikgu: Assalamualaikum semua… Elit Muslim: Waalaikumussalam wbt, teacher…. Cikgu: How are you feeling today, class? Elit Muslim: We are fine, thank you teacher. Cikgu:
Ok semua, cikgu nak bagi tahu kawan awak Haiman dapat adik baru.
Haiman, dapat adik lelaki ke perempuan? Haiman:
Lelaki (sambil senyum malu) Cikgu:
Sapa nama adik awak, Haiman? Haiman:
Muhd. Haikal Danish. Cikgu:
Ok semua, tepuk tangan untuk Haiman. Elit
Muslim: (bertepuk tangan sambil mulut ‘becok’ menceritakan mengenai adik mereka
masing-masing. Cikgu pulak, mula la
pening kepala) Tahniah
juga diucapkan kepada Hashimi dan Amiera (Taska Lemon) kerana mendapat
seorang adik perempuan pada bulan Ogos yang lalu. |
||||||
|
Quotes “Genius may have its limitations, but stupidity is not thus
handicapped.” -
Elbert
Hubbard – Sketsa bersama… Haikal: Apek! Cuba sebut betul-betul… M.E.R.D.E.K.A…. Apek: Me.. Le.. Kaa! Haiya! Gua
manyak tension
laa… |
Konvokesyen (Majlis Ihtifal) Tadika Orange
akan mengadakan hari penganugerahan kepada para pelajar pada 23 Oktober 2005
nanti. Sehubungan
itu, kepada ibubapa/ penjaga yang berminat untuk membuka gerai bagi mempromosikan
produk-produk kesihatan, kecantikan dan ‘kuih raya’, amat kami alu-kan. Tempahan meja
boleh dibuat melalui Tadika Orange selewat-lewatnya pada 30 September
ini. |
|||||