|
Tadika Orange
|
BULETIN FEB/MAC Kreatif, Dinamik, Islamik |
|||||
|
Bil :2/01-05 |
15 Mac 2005 |
Tel: 03-51228952 E-Mel: orange@orangekid.biz |
Edaran Dalaman Sahaja |
|||
|
PERHATIAN Pendaftaran kelas
mengaji bagi sesi
tengah hari masih lagi dibuka kepada para pelajar Tadika Orange bermula
1 Mac 2005 : WAKTU KELAS Hari : Isnin – Khamis Masa : 11.30 –
12.30 Yuran : RM 40.00 Pengambilan : 12
orang sahaja ( terhad ) MIDTERM 3 / 5 – 11 / 5 / 2005 “BEST OF LUCK” |
From the ManagementWe have already passed a quarter of this year and we thank you for
your support and commitments towards your children development. For parents
who are still taking it easy, you better start checking the Standard One new
curriculum. There are no more spelling lessons. Reading and writing skills,
are expected to be learned in kindergartens. We would also like to extend our appreciation to Dr. Khoo, our local
dentist, who was willing to spend his time to be with the students. Tadika
Orange is now sparkling with beautiful smiles every morning. Mental arithmetic class will start in April, limited only for
year-6-students that has attained basic addition and deduction skills. This
is due to the fact that this method only works if the has child already
understood those concepts. Lastly, we would like to thank Ms. Mimie for her past services and
wish her good luck. The country needed her more for her contribution as PLKN
instructor. Please welcome Ms. Intan
to continue Ms. Mimie tasks at Tadika Orange. We would also like to
welcome Mrs. Ain and Ms. Siti for Taska Department. |
|||||
|
BAGAIMANA
KANAK-KANAK BELAJAR (sambungan
dari keluaran bulan Febuari…) Persoalannya sekarang, patutkah kanak-kanak kecil diajar membaca? Ya, kanak-kanak kecil patut diajar membaca. Bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebung’. Keupayaan kanak-kanak membaca mempunyai kaitan dengan perkembangan otak, penglihatan dan sisitem pendengaran. Di antara anggota badan manusia, otak merupakan sistem saraf yang berkembang paling pesat semasa peringkat pertumbuhan kanak-kanak. (bersambung pada keluaran
akan datang…) Sumber :
Pendidikan anak-anak : jalinan keluarga (Buletin Tadika Seri Mutiara) |
Tip
keluarga intelek
§
Makan pemakanan yang betul sewaktu hamil. §
Setelah anak lahir, berikan mereka multivitamin untuk memastikan
perkembangan, pertumbuhan dan kesihatan mental selari dengan cabaran-cabaran
yang akan dihadapi oleh mereka. §
Pada tahap kanak-kanak, ibu bapa juga harus mula memberikan mereka
pemakanan yang boleh membentuk minda misalnya homeopati, kurma dan
kismis. Sumber: Ma&Pa, April 2004 |
|||||
|
Selamat hari
lahir... Maleyha 7. Mac.
1993 Muhd.
Mikal 18.
Mac. 1995 Mohd
Ikmal akif 22.
Mac.1998 Amir Afiq 07. Mac. 1999 Izzatul Humairah 20. Mac. 1999 Ahmad Mukhriz 25. Mac. 1999 Farihin Nisa 04.Mac. 2000 Muhammad
Zui haziq 24. Mac. 2000 |
||||||
|
MENGENAL
PASTI GEJALA DEMAM DENGGI (sambungan
dari keluaran bulan Febuari…) Umumnya pesakit berada di dalam keadaan
terlalu sakit selama tujuh hari, diikuti dengan terlalu lemah untuk beberapa
minggu. Kiraan platelet kurang daripada 100,000 /mm3 biasanya diperolhi di
antara hari ke-3 dan ke-8 selepas mendapat penyakit. Demam Hemoragik Denggi menyebabkan demam,
batuk, pening kepala, muntah-muntah, sakit abdomen. Ia akan berlarutan untuk 2-4
hari. Mungkin juga akan mendapat masalah darah beku yang boleh menyebabkan
pendarahan dalaman dan kematian. Jika Demam Hemoragik Denggi tidak dirawat,
ia boleh menyebabkan Sindrom Kejutan Denggi. (bersambung pada keluaran akan datang…) Sumber Akhbar Perdana, 30 Januari 2005. |
||||||
|
PESAN
BESTARI “when
people keep telling you that you can’t do a thing, you kind of like to try
it” - Margaret Chase Smith - |
||||||
|
Bil :2/01-05 |
15 Mac 2005 |
Tel: 03-51228952 E-Mel: orange@orangekid.biz |
Edaran Dalaman Sahaja |
|||
|
KAEDAH ELAK KERACUNAN MAKANAN §
Jika anak muntah dan cirit birit, periksa suhu badan
untuk menentukan samada anak demam. §
Periksa najisnya untuk menentukan samada terdapat darah
atau nanah. §
Biarkan anak baring di atas katil dan jangan beri
sebarang makanan. Namun pastikan dia kerap meminum air yang dicampurkan
dengan secubit garam dan 5 ml glugos. §
Anda boleh memberi anak minum susu kerana protein yang
terkandung di dalamnya dapat menyingkir toksin penyebab keracunan makanan. §
Cuba sedikit apakah makanan yang dimakan oleh anak yang
telah menyebabkan timbul tanda-tanda penyakit tersebut. §
Jika gejala berlarutan lebih daripada 48 jam,segera
berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. (Sumber: MA&PA, April 2004) |
Dr.Khoo menunjukkan cara memberus gigi dengan betul kepada
pelajar-pelajar. Berus dan ubat gigi adalah tajaan Colgate-Palmolive.
|
Monolog : Seingat adik Seingat adik, Cikgu berpesan, Bersahabatlah dengan buku, Kerana buku tidak menipu, Buku adalah teman sejati. Seingat adik, Abah beritahu Tuntutlah ilmu hingga ke liang
lahad, Kerana luasnya ilmu, Seluas lautan tanpa tebing. Seingat asik, Ibu mengingatkan, Buku dibaca dan ilmu
diamalkan, Jadikan teman siang dan malam, Agar kelak hidup berpedoman. Fahmi Yusri Sinaran |
||||
|
Makanan dan Kesihatan §
LOBAK MERAH
Berpanas di bawah sinaran cahaya matahari
adalah antara sebab mengapa ramai lelaki kelihatan lebih tua daripada usia
sebenar mereka. Jangan risau, keledek boleh membantu anda mengatasi masalah
ini. Para pengkaji dari Eropah telah
mendapati pigmen-pigmen daripada sumber makanan yang kaya dengan
beta-carotene seperti ubi keledek dan lobak merah mampu terhasil di dalam
kulit seterusnya menghalangkan kulit daripada rosak akibat sinaran
ultraviolet. §
KEJU
Tidak hairanlah kalau tikus
sentiasa kelihatan muda. Rahsianya adalah keju. Menurut Matthew Messina,
D.D.S, seorang jurucakap Persatuan Pergigian Amerika, keju adalah salah satu
daripada makanan yang baik untuk gigi anda. Tambahan lagi, keju merupakan
sumber kalsium yang baik untuk memastikan gigi anda sentiasa sihat dan kuat.
Selain daripada itu, memakan keju boleh merendahkan tahap bakteria yang
terdapat di dalam mulut seterusnya membuatkan gigi anda sentiasa bersih dan
bebas daripada sebarang kerosakan.
Sumber: Ma&Pa, April 2004. |
||||||
|
50 Cara Mencungkil Keistimewaan Anak Anda Yang
Terbaik. (Sambungan
dari keluaran lepas. Sila layari www.orangekid.biz) 47. Galakkan anak anda untuk mengatasi
perkara-perkara yang ia rasa susah. Bantulah dia menghadapi sebarang batasan. 48. Jadilah penyambung antara bakat istimewa anak
anda dengan alam nyata. Bantu ia menyalurkan bakatnya dengan berkesan. 49. Perkenalkan bahan-bahan pendidikan yang
mengangkat dan mengembangkan kebolehan istimewa mereka. 50.
Terimalah anak anda seperti seadanya dan anggap ia insan yang istimewa. Untuk
mengikuti senarai penuh, sila lawati laman web di atas. |
||||||
|
RENUNGAN Rasullah S.A.W bersabda “… sesiapa yang menutup
keaiban seseorang muslim, maka Allah akan turut menutupkan keaibannya di
dunia dan di akhirat… ” |
||||||
|
Kalendar Mac 5 Mac -
Seminar
3P (Pengusaha,penyelia & pengasuh) bagi guru-guru 14
– 18 Mac -
Cuti
sekolah |
||||||
18, Jalan Anggerik Doritis 31/138, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam.