|
Tadika Orange
|
BULETIN JAN/FEB Kreatif, Dinamik, Islamik |
|||||
|
Bil :1/01-05 |
15 Februari 2005 |
Tel: 03-51228952 E-Mel: orange@orangekid.biz |
Edaran Dalaman Sahaja |
|||
|
Selamat menyambut Awal Muharam 1426 Hijrah |
From the Management
It has been almost 2 months since the first day of school.
Most students have passed the ‘crying for mama’ episode. Thanks to McDonalds
and Inbisco for sponsoring the first day, and to all parents for being very
supportive and caring. Since then, Tadika Orange has made few enhancements to
ensure each student receive the quality education they deserve. First,
we would welcome any questions and complaints through Puan Suhaila new mobile
number (019-3544672). Please feel free to call her at any time. In order to
get more parent involvements, reports on student progress and development
shall be prepared every month by their respective teachers. Please ask for
your child’s first report by end of this month. We targeted
ZERO incidents for this whole year. Parents are welcome to join the hazard
and non-hygiene hunt. Whenever you have free time, please ask for the ‘Hazard
and Non-Hygiene Form’; to be filled-in during your tour of the premise. Finally,
congratulation to all teachers who have completed the Core Competency
Training. We shall keep this up to continuously enhance our quality
of education. Happy new Hijri year and remember: ‘Children are as parent
does’. |
|||||
|
BAGAIMANA
KANAK-KANAK BELAJAR Pembelajaran bagi kanak-kanak
sebenarnya bermula dari kandungan lagi dan semakin ketara apabila dilahirkan
dan meningkat usia. Dalam peringkat pembesaran ini, mereka kerap kali
bertanya, suka mendengar cerita dan gemar bercerita iaitu cerita dari
khayalan mereka sendiri. Ibu bapa yang tidak mengambil berat atau tidak
melayan perbualan anak mereka, besar kemungkinan akan membunuh minat
anak-anak untuk belajar. Persoalannya sekarang, patutkah kanak-kanak kecil diajar membaca? Bersama kita huraikan jawapannya di keluaran akan datang…… Sumber : Pendidikan anak-anak-jalinan
keluarga___________________. |
Permainan pasif
Membaca
merupakan satu kegiatan yang sihat. Ia dapat menambah ilmu dan pengetahuan
anak . Mendengar radio juga dapat mempengaruhi anak, baik secara positif dan negatif. Pengaruh positif ialah anak
akan bertambah ilmu manakala pengaruh negatif ialah apabila anak meniru hal
yang tidak sepatutnya. Begitu juga pengaruh TV. Apa yang pasti, anak akan
berkembang dengan sihat dan menjadi anak yang bijak, itulah harapan kita
sebagai ibu bapa. Sumber
: Mingguan Wanita ( Bil: 1013 ) |
|||||
|
PERHATIAN Ibubapa,
penjaga dan pelajar digalakkan menyumbang bahan untuk disiarkan didalam buletin ini. Terima kasih. |
||||||
|
Selamat hari lahir...
. |
||||||
|
MENGENAL
PASTI GEJALA DEMAM DENGGI Demam Denggi adalah sejenis
penyakit yang berat tetapi jarang sekali menyebabkan kematian. 2 jenis denggi
yang paling berat ialah Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi
(DSS). Bagaimana
ia menular? Virus-virus Denggi
dipindahkan ke manusia melalui gigitan nyamuk Aedes betina yang dijangkiti.
Nyamuk umumnya memperoleh virus tersebut semasa memakan darah orang yang
dijangkiti. Sebaik sahaja dijangkiti, nyamuk tersebut berupaya memindahkan
virus tersebut ke individu yang mudah dijangkiti, untuk seumur hidup. Virus
tersebut mengalir di dalam darah manusia yang dijangkiti untuk 3-14 hari
(purata 4-6 hari). Orang tersebut mungkin akan mengalami demam secara
tiba-tiba diikuti dengan berbagai tanda dan gejala yang tidak khusus. Tanda
dan gejala demam denggi berbeza mengikut usia pesakit : Bayi
dan kanak-kanak kecil Bayi dan kanak-kanak kecil
mungkin mendapat demam dan ruam. (
Bersambung ke muka sebelah ) |
||||||
|
PESAN
BESTARI “ Success is not the key to happiness. Happiness is the key to
success. If you love what you are doing, you will be successful. “ - Albert Schweitzer- |
||||||
|
Bil :1/01-05 |
15 Februari 2005 |
Tel: 03-51228952 E-Mel: orange@orangekid.biz |
Edaran Dalaman Sahaja |
|||
|
MENGENAL PASTI GEJALA DEMAM DENGGI (Bersambung
dari muka depan) Kanak-kanak yang lebih dewasa dan orang
dewasa Kanak-kanak dewasa
dan orang dewasa mungkin mengalami demam sederhana atau demam tinggi yang
tiba-tiba, merasa terlalu pening, sakit di belakang mata, sakit otot dan
sendi serta ruam. Membezakan Demam Hemoragik Denggi dan
Sindrom Kejutan Denggi Demam
Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS) ditunjukkan oleh
demam yang tiba-tiba, setinggi 40-41 1/2C, memakan masa selama 2-7 hari
dengan berbagai tanda dan gejala tidak khusus. Semasa fasa serius denggi,
adalah sukar untuk mengenal pasti DHF/DSS daripada demam denggi dan penyakit
virus lain. Tahap kritikal DHF/DSS paling kerap berlaku 24 jam sebelum hingga
24 jam selepas suhu jatuh ke paras biasa atau lebih rendah. Gejala-gejala DHF termasuk ·
Demam ·
Merasa
terlalu pening ·
Sakit di
belakang mata ·
Sakit sendi
dan sengal tubuh ·
Loya dan
muntah-muntah ·
Ruam kulit –
biasanya muncul di antara hari penyakit ke-2 dan 6. …bersambung
dikeluaran hadapan… Sumber :
Akhbar Perdana (30 jan 2005) |
Birdie (Dari McDonalds) meluangkan masa bersama pelajar-pelajar
Tadika Orange pada hari pertama persekolahan.
|
Monolog : Insan Belajar Dari
Kehidupan Jika insan diajar dengan keangkuhan, Dia belajar erti takbur.. Jika insan diasuh dengan kelemahan, Dia belajar erti hina diri.. Jika insan diasuh dengan permusuhan, Dia belajar erti membenci.. Jika insan diajar pentingkan diri, Dia belajar erti mengkhianati.. Namun… Jika insan diasuh dengan insani, Dia belajar erti harga diri.. Jika insan diasuh dengan belas budi, Dia belajar erti mengasihani.. Jika insan diasuh dengan kepayahan, Dia belajar erti mensyukuri.. Jika insan diasuh bertimbangrasa, Dia belajar erti bersabar.. Jika diasuh dengan menukil karya, Dia belajar erti manfaat ilmu.. Jika insan diasuh dengan didikan taqwa, Dia belajar erti hayati agama.. Jika insan diasuh dengan jiwa rakyat, Dia belajar erti muafakat.. Jika insan diasuh pengalaman, Dia belajar erti hakikat kehidupan…. |
||||
|
Makanan dan Kesihatan Jus tomato halang
arterosklerosis Minum jus tomato
setiap hari selama tiga minggu mampu mengelakkan penyumbatan salur darah bagi
pesakit diabetes. Mereka yang cenderung untuk mendapat pengumpulan darah
seperti perokok atau penumpang pesawat jarak jauh. Timbunan platelet
dalam darah akan menyebabkan penyumbatan kepada salur darah. Para pesakit
diabetes mempunyai platelet yang lebih mudah melekat. Akibat pelekatan, para
pesakit diabetes jenis A akan mudah mengalami arterosklerosis
dan masalah pembuluh darah jantung. Dikatakan P3 yang
terdapat dalam tomato memiliki kemampuan sebagai bahan anti penyumbatan salur
darah. P3 berupa cairan seperti jeli berwarna kuning yang terdapat di sekitar
biji tomato. Jus tomato menjadi
pilihan terbaik bagi pesakit diabetes. Namun ia tidak boleh diambil terlalu
banyak kerana ia mengandungi gula.
Selain itu jus tomato juga masam, jika diambil dalam kuantiti yang banyak
boleh menyebabkan sakit perut atau cirit-birit. Sumber : Mingguan Wanita (
Bil: 1105 ) |
||||||
|
RENUNGAN Kalaulah kamu mengetahui (apa
yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan
mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). Surah At-Takaathur, ayat 5 |
50 Cara Mencungkil Keistimewaan Anak Anda Yang
Terbaik. (Sambungan dari keluaran
lepas. Sila layari www.orangekid.biz) 43. Didik anak anda untuk yakin
kepada pandangan dan kebolehan sendiri. 44. Berikan kuasa memilih kepada anak
anda. 45. Tunjukkan kepada anak anda
bagaimana mengunakan buku-buku yang boleh mengembangkan minatnya. 46.
Sediakan satu ruangan di rumah untuk mempamerkan anugerah dan kreativiti
setiap ahli keluarga. (… bersambung). |
|||||
|
Kalendar Februari 8 –11 - Tahun Baru Cina 10 - Awal Muharam 28 -
Pemeriksaan
Kesihatan Gigi oleh Dr.
Khoo. |
||||||
.