Tadika Orange

BULETIN MAC/APR

Kreatif, Dinamik, Islamik

Bil :3/03-05

 15  April 2005

Tel: 03-51228952      E-Mel: orange@orangekid.biz

Edaran Dalaman Sahaja

 

PERHATIAN

 

21 Mei 2005

·          Perjumpaan ibubapa /penjaga untuk menandatangani rekod prestasi dan mengetahui tahap pencapaian para pelajar

·          Seminar ‘Parenting  Talk’

(Anak Cemerlang Lahir Dari Ibu Yang Gemilang)

MIDTERM EXAM

3 / 5 – 11 / 5 / 2005

“BEST OF LUCK”

 

From the Management

   The midterm break will start in a month. For sure the children are looking forward for the days and parents would be dazzling to decide whether to send them back to grandparents or keep them at home. Worry no more because Tadika Orange is opened the whole duration. Please ask Ms. Yati for the rates.

   Prior to the break, there will be two major events. The first will be the mid-term examination. The exam results will be the basis of Teacher-Parents meeting where parents will get first hand reports on their children performances and achievement.

   In conjunction with the mother’s day in May, we will be having a “Parenting Talk” entitled “Anak Cemerlang Lahir Dari Ibu Yang Gemilang”; focussing on mothers. There will be two outstanding speakers to enlighten us with their experience and ideas. After the talk, parents will be meeting face to face with their children teachers. Please get ready with your comments and suggestions.

    Please also ensure your children are having enough rest and nutritious meal during this exam week. We wish a very good luck for every body.

BAGAIMANA KANAK-KANAK BELAJAR

(sambungan dari keluaran bulan Mac…)

 

Perkembangan ketajaman daya lihat kanak-kanak menerangkan kepada kita kenapa kanak-kanak kecil menggemari huruf-huruf yang besar. Kaeadah mengajar dengan tulisan besar ini boleh dibuat menggunakan poster dan kad-kad kecil untuk mengenal huruf A hingga Z dan Alif hingga Ya. 

 

Kaedah yang sama boleh juga digunakan untuk mengenal alam sekitar kanak-kanak dengan melukis gambar-gambar yang besar. Bahkan kaedah ini juga digunakan untuk mengajar anak-anak sifat allah, nama-nama rasul, nama malaikat dan sebagainya. Inilah cara belajar yang paling berkesan

 

 

(bersambung pada keluaran akan datang…)

 

Sumber  :  Pendidikan anak-anak : jalinan keluarga (Buletin Tadika  Seri Mutiara

 

 

HAPPY BIRTHDAY FARAH NATASYA

 

Allah selamatkan kamu…

Allah salamatkan kamu…

Allah selamatkan Natasya...

Allah selamatkan kamu…

“tepuk tangan…”

 

Begitulah suasana yang berlaku pada 7 April 05 (khamis) yang lalu. Adik Farah Natasya telah diraikan oleh warga tadika ORANGE sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-5. 

 

Di majlis tersebut, adik Farah Natasya telah membawa 2 biji kek dan ‘ole-ole’ untuk diberikan kepada semua rakan-rakannya.

 

Terima kasih daun keladi…

 

Selamat hari lahir...

Muhd. Aiman Ho

10.04.1994

 

Nur Addina

11.04.1996

 

Alisa Zafira

09.04.1997

 

Sazana

20.04.1997

 

Nur Farah Amira

10.04.1999

 

Farah Natasha

07.04.2000

 

Wan Nurin Amni

21.04.2000

 

Mohd. Naufal Ariff

24.04.2000

 

Nur Nasya Marissa

25.04.2000

 

Nurul Adlina

18.04.2001

 

 

MENGENAL PASTI GEJALA DEMAM DENGGI

 

(sambungan dari keluaran bulan Mac…)

 

Di kalangan  pesakit DHF atau DSS yang teruk, demam dan tanda serta gejala tidak khusus untuk tempoh beberapa hari akan diikuti dengan keadaan pesakit yang bertambah buruk secara tiba-tiba. Pesakit akan kelihatan lesu pada mulanya, menjadi tidak menentu dan kemudian dengan pantas memasuki tahap kejutan yang kritikal.

 

Tahap kritikal DHF/DSS berlaku ledih kerap 24 jam selepas suhu jatuh ke paras biasa atau lebih rendah. Pada masa ini, manifestasi hemoragik berlaku dan tanda-tanda kegagalan pengaliran mungkin akan muncul. Tanda-tanda pendarahan adalah lazim dan termasuk pendarahan di bawah kulit, pendarahan gusi, pendarahan hidung dan trek gastrousus dan pengaliran haid yang banyak. Mereka kerap mengalami sakit di bawah perut yang teruk sebelum bermulanya kejutan.

 

 (bersambung pada keluaran akan datang…)

 

Sumber  Akhbar  Perdana, 30 Januari  2005.

 

 

PESAN BESTARI

“… The Grand essentials of happiness are; something to do, something to love and something to hope for… “

Allan K. chalmers…  

 

Bil :1/01-05

15 Februari 2005

Tel: 03-51228952              E-Mel: orange@orangekid.biz

Edaran Dalaman Sahaja

 

“MOH KITA PINDAH!!!”

Bagi  makluman semua ibubapa/ penjaga, pada 11 April 05 yang lalu kanak-kanak Taska dari Tadika Orange telah ditempatkan di kediaman baru di alamat No: 34, Jalan Anggerik Doritis 31/138, 40460 Kota Kemuning. Untuk sementara waktu, taska ini dikenali sebagai Taska Orange.

 

Jika sebelum ini, Tadika Orange beroperasi sebagai pusat pendidikan dan pusat penjagaaan kanak-kanak. Namun kini, tadika ini hanya dijadikan sebagai tempat proses pembelajaran bagi pelajar yang berusia 4, 5 dan 6 tahun.

 

Disamping itu tadika ini turut digunakan sebagai kelas mengaji Al –Quran dan Fardhu Ain yang beroperasi sebanyak 3 sesi dari 11.30-12.30 t/hari, 3.00-4.00 ptg dan 8.00-9.00 mlm.

 

Walaubagaimanapun, pelajar transit (halfday) sekolah rendah masih lagi kekal ditempatkan di tadika ini sehingga jam 5.30 petang.

 

           rsambung di kolum sebelah…

 

 

Guru-guru yang mengikuti Kursus Bacalah Anakku bergambar kenangan bersama Puan Nik Eliani dan En. Othman Ahamad penulis bersama buku Bacalah Anakku.

 

 

‘BACALAH ANAKKU’

 

Pada 16 April (sabtu) yang lalu, seramai 3 orang guru Tadika Orange telah mengikuti kursus ‘Bacalah Anakku’ di bawah anjuran Read Network. Kursus tersebut diadakan di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras. Para guru yang menghadiri kursus tersebut terdiri daripada Cik Norazimah, Cik Noraziah dan Cik Intan Sanira.

 

Kursus tersebut telah disampaikan oleh 2 orang ahli panel iaitu En. Othman Ahamad dan Pn. Nik Eliani Nik Nawi. Mereka berdua merupakan penulis kepada buku  Bacalah Anakku dan memperkenalkan kaedah membaca melalui Fonetik (bunyi).

 

Menurut penulis, terdapat tiga kelebihan sekiranya para pelajar belajar membaca menggunakkan kaedah Fonetik ini. Pertama, kaedah ini amat sesuai untuk kanak-kanak yang berusia seawal 3 tahun. Kedua, kaedah ini tidak membebankan memori kanak-kanak dan seterusnya ia dapat membantu para pelajar dalam menguasai bacaan Bahasa Inggeris.

 

Kepada ibubapa /penjaga yang berminat, sila layariri laman web www.readnetwork.com untuk mendapatkan keterangan lanjut.

 

 

Dari kolum sebelah…

 

“ MOH KITA PINDAH!!!”

Manakala bagi penghuni Taska Orange pula, sehingga kini bilangan kanak-kanak di bawah jagaan Pn. Ain adalah seramai 8 orang. Sebilangan besar daripada mereka berusia dalam lingkungan 2 hingga 4 tahun. Mereka terdiri daripada adik Aizarul, adik Hazim, adik Sarah, adik Nurin, adik Amirul Aiman, adik Amirul fahmi, adik Mikail dan adik Syahana.

 

Namun begitu, selepas waktu persekolahan (Tadika Orange) para pelajar yang berusia 5 dan 6 tahun akan di tempatkan di Taska Orange.

 

Sehubungan itu, dengan adanya penempatan baru ini akan memberi keselesaan dan keceriaan kepada semua warga ORANGE.

 

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, para ibubapa atau penjaga boleh menghubungi kami melalui talian berikut:

 

Yati: 019-6493979

Intan: 012-5408275

Pejabat: 03-51228952

 

RENUNGAN

Sabda Nabi S.a.w

 

“...Jantung al-Quran ialah surah Yassin. Tidak ada orang yang membaca kerana mengharapkan keredhaan Allah dan keselamatan pada hari Akhirat, kecuali Allah akan mengampunkan dosanya…”

 

(Riwayat Abu Daud)

“… BEST OF LUCK …”

Peperiksaan pertengahan tahun (midterm) bagi para pelajar Tadika Orange akan menjelang tidak lama lagi. Untuk makluman ibubapa/ penjaga, peperiksaan tersebut akan berlangsung selama 7 hari bermula 3/5/05 sehingga 11/5/05.

Ujian lisan turut diadakan bagi matapelajaran Bahasa Melayu (Bacalah Anakku), Bahasa Inggeris (Peter and Jane), Jawi (Bacalah Jawi) dan al-Quran (al-Barqi).

Sehubungan itu, kami para guru dan kakitangan Tadika Orange ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada para pelajar.  

Kalendar april

 

§         16/04/05

Kursus ‘Bacalah Anakku’ bagi guru-guru Bahasa Melayu.

 

§         21/04/05

Maulidur Rasul